Skip to main content

Kata Orang : Senyum Itu Sedekah!

Salam...

Kadang2 kita rasa ragu2 untuk senyum pada orang yang baru kita kenal atau baru je nak mesra2. Aku tabik kat orang2 yang tak malu2 nak kenalkan diri dia walaupun itulah kali pertama dia berjumpa orang yang baru dia kenal tu.

Selalu orang akan nilai pada apa yang pertama sekali yang diorang nampak pada seseorang. Tapi kalau setakat sekali pandang dan kebetulan ternampak sesuatu yang kita tak berkenan kat orang tu, tak bolehlah dengan senang hati nak kata dia itu begitu dan begini kan? Tapi kebanyakkannya dari kita memang suka buat penilaian yang agak salah.

Padahal orang tu kalau kita betul2 nak kenal sebenarnya dia tidak seperti yang kita sangkakan. Aku selalu begitu walaupun aku harap2 aku tak begitu lagi. Memanglah bila kita tengok orang lain, kita akan terus mengadili.

Kita kalau kat tempat orang (terutamanya) atau keje kat tempat baru dengan suasana baru patutnya kena pandai2 bawa diri kan? Ok, macam mana kalau kita dah beria2 menyapa dan senyum macam Kerang Busuk dah rupanya tapi orang2 yang memandang tu macam tak pernah tengok orang je. Atau lebih buruk lagi bila senyuman kita dibalas dengan jelingan? Buat2 tak nampak ke, tak nak pandang langsung?

Ini apa yang aku hadapi kat sini selepas hampir setahun aku keje. Tapi nasib baik yang selalu senyum bila terpandang kita lebih banyak/ramai dari yang tak suka senyum. Ada kakak tu (Ustazah) bila nampak je aku dari jauh atau aku ternampak dia mesti sama2 senyum atau lambai2 tangan. Dia rajin masuk lab so agak mudah untuk berbual2 dengan dia.

Jadi kesimpulannya sekarang, adakah susah untuk senyum? Aku sendiri akui yang aku bukan jenis yang senang senyum tapi kalau depan orang memang aku cuba senyum walaupun mungkin nampak sangat senyuman itu palsu. Ada orang kata aku ni suka senyum je...asek2 senyum macam orang yang tak ada masalah. Ada jugak yang kata aku ni asek masam mencuka je, pandang orang pun semacam je. Jadi, orang lain itu adalah Cermin Diri kita sebenarnya...

Aku sekarang tengok seseorang tu dulu, tengok rentak dia macam mana. Kalau dia senang untuk senyum dan bertegur sapa, aku pun akan jadi seperamah diorang. Kalau setakat aku pandang, dia pandang je aku balik, maknanya aku pun takkan mulakan pertanyaan atau sapaan. Aku rasa orang2 macam tu kena ambil masa untuk cuba memesrakan diri dengan keadaan keliling. Ingat, kita hidup kat dunia bukan seorang je tau... Mungkin itu cara dia menyapa orang yang baru dia jumpa kot...

Dan perubahan masa juga perubahan diri dari yang berfikiran sangat cetek hingga menjadi matang banyak membantu untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dan mesra. Tapi kalau terlalu mesra pun tak elok jugak. Kalau lelaki - terlalu peramah nanti ada je perempuan/wanita yang terasa dirinya menjadi perhatian lelaki tu... Kalau perempuan/wanita, takut disalah erti pulak. Ini semua biasa berlaku di kalangan kita. Peramah salah, tak ramah orang kata kita sombong pulak. Jadi, berpada2 saja apa pun yang kita buat.

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...