Skip to main content

Lagi 1 jam 30 minit...

Salam...

Lama lagi nak baliklah... Huhuhu... Patutnya Jumat kenalah ikut budak2 balik kan? Aku dulu ingatkan sebab budak2 sekolah ni semuanya perempuan dan diorang akan balik macam biasa (2.10 pm) rupa2nya sama je dengan sekolah yang mix gak. Aku lupa nak tanya masa nak sign surat perjanjian keje dulu. Pastu sampai la ni pun aku tak tanya dan mintak nak balik macam diorang sebab aku keje pun memang sampai pukul 2 pm je...lemak banyak kalo mintak nak balik awal je.

Nak cite ni... Masa sibuk2 kat wedding Nurul Haizum @ Chika la tiba2 ada nombor sesat mesej aku. Act, malam tu dah mesej tapi sebab aku tak topup jadi takdelah aku nak balas semula. Takde masanya aku nak topup semata2 sebab nak balas mesej asing. Masa kat wedding tu aku dah lepas makan n dah jumpa Nurul pun. Duduk je ngan kak Alya kat depan pelamin. Sebab teruja punya pasal, duduk jelah depan pelamin tu...

Tengah hari tu gak aku balas lepas dah redeem bonus dari talian panas (HotLink le!). Macam biasalah bila nombor yang aku tak kenal aku tanya siapa dia... Dia pun intro nama dia. Aku ada gak fikir banyak kali dia ni P ke L? Pastu dia gtau nama penuh dia. Pastu aku tanya mana dapat nombor aku, jawapannya? Dia tatau mana dapat no aku. Aku memang selalunya akan was2 tapi sesambil tu layankan gak. Tapi layan gitu2 je. Pastu gaknya aku jawab acuh tak acuh n aku gtau aku kat mana (lepas dia tanya la), dia kata kalo dah balik, mesej dia... Aku jawab balik What Eva... Sedapnya mengarah orang... Aku tak kenal dia siapa pun, lepas tu siap nak bagi arahan bagai...

Dan lepas tu layan diri kat wedding si kecil molek. Dah jumpa pengantin (masa tu dah dekat pukul 4 pm), minta diri semua, baliklah Seremban. Kat rumah masa tengah rehat2 (penat gak) tapi takleh tido. Aku gatal2kan tangan mesej balik the mamat tah ape2 tu. Aku boring gaknya tu sebab aku layankan jugak. Dalam hati takut2 gak nak layan orang yang aku tak kenal. Pastu dia mulalah tanya aku memacam soalan... Aku siap bayangkan yang dia tu cam budak2 baru nak belajar hidup. Soalan yang biasa aku dapat dalam sms...

Memang macam budak2 baru nak belajar mengayat orang...macam2 lah dia tanya. Kalau dia tipu pun bukan aku tau andainya aku percayalah. Sampai pagi gak aku layankan sms dia sebab esoknya cuti Thaipusam... Padahal kepala dah sakit masa tu... Aku ok lagi nak layan sms2 dia tapi sampai 1 part yang ada satu perkataan yang kurang enak diberi pada aku, aku jadi bosan pulak tiba2. Perkataan tu tak jelek atau hina cuma aku tak suka sebab aku kenal dia tak sampai 24 jam pun. Bila aku tanya kenapa dia panggil macam tu, dia kata tak sengaja... Sebelum2 tu dia ada call untuk ajar aku macam mana nak buat SOS Topup kat HotLink... Thanks 4 that matters (aku merapu lagik ni...)

Dia citelah yang dia keje sendiri, anak bongsu, umo 29 tahun, dok Perak, anak2 sedara ramai dah kawen - Atuk muda la ni kononnya... Aku jawab bila dia tanya jek. Aku kadang2 lupa yang aku tak kenal dia langsung... Pastu dia citelah masalah dia pulak... Dia dah 2 kali putus tunang dan alasannya sama je dedua ex fiance dia kene cekup sebab berdua2an ngan lelaki lain (tipu dia, tipulah aku kan?)... Layan lagi masa ni... Tapi masih ragu2 lagi. Takmo ada kepercayaan 100% + bukan aku yang mulakan pun. Esoknya aku mula dah tak bape nak layankan sangat. Sebabkan perkataan yang aku tak suka tu lah...

Pagi2 macam ok je aku layan. Bila dah dekat petang2 sikit aku cam malas nak layan langsung. Dan seperti kebiasaannya aku suka tanya pendapat orang lain sementelah hati aku pun sama berdetak untuk katakan TIDAK pada mamat tu... Aku on9 pastu try tanya sorang kakak yang selalu je bagi inpirasi - kak Lina... Aku tanya jugak junior2 aku via sms dan diorang semua bagi pendapat yang sama... Apalagi, aku pun setuju jek ikut cadangan diorang... Thanks a lot kak Lina, Kin, Ita dan seape je yang selalu je ada bila aku perlukan sangat2 korang... Bak kata kak Lina, kita elok2 balas, dia dok gelak2 baca sms kita dengan kawan2 dia...

Oh ye, dia mintak aku mms gambar aku. Dia pun janji nak bagi jugak gambar dia. Aku teringat kat Kin akan hal yang inilah (mms gambar). Dulu2 dia selalu cite yang dia senang gak nak bagi gambar tapi aku nasihatkan supaya untuk tidak bagi lagi kat orang2 yang mintak gambar2 dia... Tak sangka pulak aku pun kene lalui benda yang sama... Aku mms jugak lepas dia mms gambar dia. Iras2 Afdlin Shauki... Sekilas pandang je la... Aku mms gambar terbaru aku ngan si kecil molek. Lepas tu the mamat told me he didn't recieve any mms from me. Aku memang ingat dia memain je... Aku try hantar lagi. Entah kenapa aku siap berharap sangat gambar 1st tu tak sampai langsung kat dia...

Malam tu lepas dah decide takmo terjebak ngan kisah2 sms2 sesat ni lagi, aku mula layan dia so-so je. Siap call sebab nak bagi aku gambar lagi dan mintak aku mms gambo aku pulak. Aku dah memang malas gile nak layan dah masa tu. Aku jawab pun malas2 jek. Semua sokong aku dengan keputusan yang dah aku buat. Bila mms dia masuk, aku simpan je lepas tengok. Lepas tu dia sms2 lagi suh aku mms gambo kat dia. Aku bolayan dah masa ni. Dia sms2 lagi dan gtau yang dia tunggu mms aku. Aku tak gak layan, malah gelakkan je... Dalam pukul 12 lebih tak silap, dia sms aku. Antara patah2 ayat yang dia bagi:
Mesti best kan buat orang macam ni? Saya rasa macam orang bodoh je tunggu2 mms awak. Kalau tak suka pun nak kawan dengan saya, gtau jelah, saya ok. Takpelah, awak pun dah tak macam semalam. Saya doakan awak akan kena macam apa yang awak buat kat saya ni... Yada...yada...yada...

See? Suka hati dia je nak sms aku macam tu? Bukan aku yang mulakan pun dan dia tak patut marah aku. Buat sekelian kalinya, aku masih tak balas apa2... Lantak kamu le, aku takmo dah nak layan2... Esoknya dia bagi lagi sms lain... Siap cakap terima kasih pulak... Memula cam nak gak balas (mintak maaf) tapi taknak cetuskan apa2 kontroversi lagi dah... Buat aku pening bertambah2 pulak nanti. Aku ingat lagi kata2 Imah da Sabahan "Allah Knows Best...Let Them Go"... Aku pegang kata2 tu sebenarnya... Bukan aku, dia atau sesiapa pun tentukan hidup mati atau jodoh aku.

Kamu percaya Karma? Aku tak pasti sama ada Karma itu boleh digunapakai dalam Islam? Kadang2 macam benarnya ada. Sebab bila sesuatu tu terjadi dan biasanya yang tak bape baik, aku mesti fikir balik yang mungkin aku pernah lakukan apa yang dah terjadi pada aku di sekian2 hari...atau waktu. Macam hal yang sedang aku biacarakan sekarang inilah. Dulu, sebab terlalu suka pada seseoarang, aku selalu je ganggu2 dia. Dan sekaranag aku dapat rasakan apa yang selalu dia rasa bila aku selalu ganggu dia... Tapi dia memang cekal orangnya, setakat mesej2 aku bagi, apalah sangat?

Mula2 elok je 'hubungan' yang tak lebih dari sekadar teman2 biasa. Mula dengan blog, akhirnya ke emel lepas tu sms... Tapi lepas beberapa ketika, emel dan blog je yang jadi tempat berhubung. Masa ni ok lagi, smooth je semuanya. Makin bertambah2 rasa suka tu bila dia rajin emelkan aku lagu2 yang dia suka kala tu. Aku tak fikir apa2 yang mungkin tersirat sebab takmo kecewa andai memang takde apa2 maksud pun.

Entah macam mana tiba2 'hubungan' ni jadi suam2 kuku pulak. Aku ok lagi sebab aku tahu dia sangat sibuk dengan kerja2 dia. Aku kadang2 fikir adakah benar tindakan aku andai aku akui yang aku benar2 sukakan dia? Aku cuba untuk beranikan diri aku... Dengan selamba aku emel dia tentang perasaan aku pada dia. Aku risau dah masa tu... Nak tarik balik memang takkan boleh punyalah... Lepas tu dia balas emel aku tu... Aku ingat oklah lagi... Dia bagi lagi lagu lain. Lepas2 tu aku tataulah kenapa tiba2 dia jadi macam nak 'jauhkan' diri dari aku? Kalau benar tak suka, katakan saja pada aku.

Aku nampak terdesak sangat ke? Tak percaya yang tulang rusuk aku sebahagiannya ada pada lelaki yang benar2 ditakdirkan untuk aku? Hati aku sebelahnya ada pada yang benar2 tulus pada aku? Aku citekan pada 'kawan baik' adik aku...dan dia adalah perempuan lebih faham isi hati yang sebegini... Dia nasihatkan aku untuk itu dan ini tapi ikut sangat perasaan gila aku, aku lupa apa yang diingatkan. Sampai sekarang pun aku masih pergi blog dia (tapi dah tak komen lagi...takmo), sms dia walaupun nombor dia dah aku buang tapi dalam ingatan masih kukuh. 'Kawan baik' adik aku kata jangan langsung jadi silent readers dia. Aku memang sedang berusaha lupakan dia sedaya aku boleh dan hilangkan dia terus dari memori aku mungkin belum boleh atau takkan boleh? Apakah ini yang diperkatakan ramai orang 'Cinta Pertama' dan hakikatnya takkan boleh dibuang terus?

Dan semalam Ita ada gtau cuba untuk lupakan saja dia. Lelaki...tetap jua lelaki, penuh dengan egois. Aku akui itu. Doakan aku boleh lupakan kisah sedih aku ini tapi belum sampai nak menangis kerana lelaki walau pernah teringin untuk menangis sebab itu. Tak perlulah bazirkan airmata untuk lelaki kan? Aku ada 4+1 lelaki yang tak pernah buat aku menangis semahu2nya (setakat gado2 manja sepak terajang dulu selalu la...)... 1 lagi tu aku kenalah hormat dan takkan nak terajang pulak Pak Yassin aku kot? Gilo... Dulu2 aku pernah harap aku dapat hilangkan bosan dengan melayan sms2 luar dari orang lain tapi bila dah sampai waktunya, aku malas, aku bosan, aku tak betah duduk... Dan semalam untuk kesekiankalinya aku sms the mamat yang sesat tu, ngan si dia yang sedang aku citekan pada kalian yang membaca.

Lelaki itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya
Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Aku ambil kata2 ni di akhir cite Renjis 2 yang dah tamat tu... Puitis gila kata adik angkat aku. Kata Ita prosa=perosak. Perhatian kalian semua... Prosa tak sama langsung dengan Perosak ye. Harap ambil perhatian dan aku belum cek dalam kamus tebal Cikgu Hasmah apa maksud Prosa...nanti aku cek semula, iAllah. Beginilah aku bila berkisah tentang cinta yang aku tak pernah rasa langsung dengan orang yang bukan muhrim atau bukan sedarah atau sedaging dengan aku. Mungkin hujung minggu aku edit blog ni kat rumah je... Andai punya masa lebihlah... Daaa...

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...