Skip to main content

Apa Nak Jadi Ni?

Salam...

Semalam dah karang satu entri tapi macam tak best je nak publish... Jadi hari ni aku nak karang yang baru. Straight to the point je, lebih mudah. *dan bukan hak aku untuk mengadili sesuatu perkara yang berlaku. jadi andai dibaca dengan maksud yang salah mungkin kamu anggap apa yang aku luahkan hanya hendak menyalahkan kejadian Yang Esa!

Tujuan aku bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tapi lepas apa yang terjadi buatkan aku berfikir banyak kali. Satu masa dulu aku memang minat gile lah dengan Saujana *terus terang woooo! Even sampai sekarang masih suka dan minat. Walaupun diorang dah lama tak keluarkan album sendiri. Ditambah dengan kesibukkan masing2 (2 doktor, 1 jurutera), harapan untuk berharap sangat tipis.

Dan aku masih lagi terus meminati diorang. Apapun aku cuba ambil tahu pasal diorang la... Kalau dulu macam terlebih2 tapi sekarang sangat kurang malah kadang2 macam tatau pulak perkembangan terbaru diorang. Kalau tau pun dari laman web Saujana sendiri yang jarang dikemaskini *rasanya lebih 5 laman diorang bina, tak satu pun bertahan.

Pasti ada yang dapat meneka apa maksud aku disebalik entri aku kali ni? Ya, seperti apa yang kalian sedia maklum *mungkin ada yang tak tau lagi, dah agak heboh jugak cerita pasal one of the members of nasyid groups yang "berubah jadi adik2"... Itu apa yang baru aku baca dalam suratkhabar hujung minggu. Kalau boleh takmo akui apa yang dikatakan itu benar tapi itulah kenyataannya.

Sebab bukan aku tak tengok apa yang disiarkan bilamana pertama kali aku terima berita ni *sebab aku bukak website yang selalu ada pasal gosip artis, aku tengok banyak2 kali. Nama dia, jawatan sebenar dia, lenggang lenggok dia, semualah... Sama... Totally same! Tak mungkin!!! Tapi kenapa? Kenapa mesti jadi macam tu? Kata orang yang menulis pasal cite tu kat website, mungkin yang empunya diri kurang kasih sayang dari orang keliling?

Sebenarnya tak sanggup nak terima berita tu tapi kita semua manusia biasa, takkan dapat lari dari membuat kesalahan sama ada besar ataupun kecil. Pernah aku tanyakan pada kawan2 yang empunya diri tu, tak ada jawapan langsung. Takpelah, semoga cepat2 berubah seperti dulu2, mulakan hidup baru... Dan orang yang dimaksudkan adalah penyanyi utama Saujana sendiri.

Harapannya selepas ni, semuanya kembali normal. Sesuatu yang berlaku aku yakin sangat pasti ada sebabnya. Walau apapun sebabnya, harap2 sangat dia berubah la... Kalau boleh nak sangat tengok diorang macam mula2 orang kenal dengan lagu Sepohon Kayu. Kenal diorang sebab semuanya bijak2...

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...