Skip to main content

Tahniah Dik...

Salam...

1st time jumpa si kecik molek ni... Memang tak pernah termimpi dan tersangka2 (selama ni selalu mintak nak rasa cane agaknya sesuatu yang tak pernah dimimpikan tiba2 jadi)... Alhamdulillah, perjalanan menuju destinasi sangat menyenangkan dan memudahkan aku yang ditemani oleh kak Alya (dia selalu ada bila aku perlukan...tq a lot kak).

Perjalanan bermula lepas amek kak Alya kat rumah dan isi minyak. Perasaan nak ke lokasi berlangsungnya Hari Besar (definisi dipinjam dari Hidd) si kecik molek yang diadakan di Cheras adalah bercampur baur, debaran sentiasa ada, risau, bimbang semuanya bersatu.
Sesampainya kami ber2, baru pukul 11.33 am kalau tak silaplah tapi memang terlalu awal sebenarnya. Fikir banyak2 kali untuk berjalan kemana2 dulu atau tunggukan saja sampai tiba waktunya?

Kalau nak keluar balik, confirm takkan ada ruang untuk aku bila kembali semula...
Duduk2 dulu dalam kete lepas tu decide untuk terjah je kenduri si kecil molek. Sepakat membawa berkatkan? Redah je walau ada rasa malu yang sangat tebal di kala itu. Di kejauhan aku dah nampak wajah seseorang yang aku yakin aku kenal. Aku je kenal, sang punya wajah tak kenal aku pun... Ma kepada si kecil moleklah... Peramah sungguh Ma si kecil molek... Kalaulah aku tak beritahu yang aku adalah kawan blognya si kecil molek mungkin aku tak tahu nak buat apa. Malu juga nak katakan diri ini sebagai kawan blog si kecil molek tersebut sebab terlalu sekejap aku kenal si kecil molek tersebut.

Tapi cekalkan hati, tabahkan diri (bak kata Johan Raja Lawak)... Aku berjaya meredah rasa gundah gulana, maklumlah belum pernah ketemukan? Ma si kecil molek bawa aku dan kak Alya selepas bersalam2 dan memperkenalkan diri masing2 ke kamar si kecil molek... Sama seperti yang digambarkannya selalu di dalam blog miliknya, dia sangatlah simple orangnya. Aku suka sangat sebab warna kesukaan sejak lama dulu sama2 terselit di Hari Bahagia si kecil molek tersebut. Hijau adalah warna kegemaran kami rupanya...
Dan seperti yang yang dijangka, aku dan kak Alya adalah tetamu (di kalangan kawan2nya) yang paling awal tiba... Memang awal pun, terawal daripada biasa... Duduk2 dalam kamar beradu si kecil molek. Aku macam biasa agak terkedu bila kali pertama bersua, tak tahu apa yang hendak dibualkan, apa yang terlintas di benak, memang nak diluahkan tapi terpaksa transit di fikiran untuk menimbang sama ada sesuai atau tidak untuk dikeluarkan dari mulut? Kelu lidah dibuatnya.
Tapi sebenarnya lebih banyak diam kat dalam kamar beradu itu. Lepas tu bila si kecil molek nak menyarung pakaian untuk bersanding, aku dan kak Alya ke khemah untuk makan... Terasa asing benar di situ tapi selepas beberapa lama (lepas makan), keluar dan masuk dan bersua pula dengan blogger lain hati aku agak senang dan tenang. Blogger pertama yang aku jumpa - Yonna... Lagipun aku kenal dia je selepas si kecil molek kalaupun ada blogger lain yang hadir sama... Selain itu, aku hanya ternampak dari jauh je blogger lain (bila mana aku kerap mengunjungi blog2 diorang) - kak Anne, kak Masy n kak Meera... Tapi aku tak sempat untuk bertegur sapa...
Fikir aku mungkin lepas makan nanti boleh jumpa semula tapi memang tak sempat jugak. Bila tengok kehadiran teman2 si kecil molek buat aku terasa teringin jua begitu satu masa nanti. Memang itupun yang aku inginkan pun. Seronok sebab ada kawan2 yang menambahkan kemeriahan selain keluarga besar sendiri. Itulah yang dipanggil sebagai meriah bukan? Tak terlupa jugak dalam aku gundah gulana sebab terasa macam terasing sekejap, aku berkenalan dengan kawan baru yang si kecil molek panggil kak Del (sori kalo silap eja)...dia sangat peramah dan aku seronok dapat berbual2 dengan dia...
Gambar2 tak banyak tapi layan saja ye? Sempat jugak edit gambar2 yang diambil... Tahniah dik... si kecil molek (Yonna, akak tak sempat nak peluk kuat2... :( )... Presenting Th Newly Wed - Puan Nurul Haizum (Chika) & En. Ahmad Hizwani... Akak lebih suka panggil awak Nurul je... Heheheh...
p/s: Tq to Nurul sebab layankan akak yang seharian kat rumah Nurul ni... Memang takkan akak lupakan sepanjang hayat tau... Yonna jugak, sebab kenal akak ye? Tak sangka termakbul jugak hajat akak untuk bertemu kalian ber2... Maaf sebab tak berapa kenal dengan blogger2 lain. Moga2 kita ketemu lagi di lain masa ye? Tahniah lagi dik...
Foto2 sekitar Hari Besar Nurul @ Chika @ Si Kecil Molek
-kamar beradu si kecil molek-
-si kecil molek (Nurul)-
-segan sangat sampai nak peluk Nurul pun akak rasa cam...segan jugak-
-pelamin yang sangat sempoi tapi cantik sangat-
-kelopak ros yang ditabur sebelum bersanding-
-pengantin berarak ke persada-

-di persada (akak suka sangat gambar ni...tatau kenapa?)

-potong kek-


-teman si kecil molek - Del (akak dengar Nurul panggil dia kak Del)

-Yonna-

Comments

susudalambotol said…
wahhh. dia amik Nas Great Idea punya pelamin ke?
susudalambotol: ye kot awak? kita tak tau lak itu pelamin Nas Great Idea...tapi cun kan awak? huahuahuahua... :), tq for ur comment...
yOnnA said…
dia comel dan kecik kan kak :)

pelamin tu idea chika sendiri hehe
yOnna: yup, dia sangat2 la comel...tapi tak sempat nak peluk kuat...:( ...

n akak rasa apa yang kawan akak kaat tu betul yang pelamin tu dari org yang sama...memang idea nurul nak simple tapi kerusi pelamin akak ada tgk kat nona a week b4 majlis nurul...ada baca entry nurul yang g bangi ngan adik dia pastu terjumpa ngan pelamin deko man pastu dia gtau yang pelamin nurul sama cam dalam nona tu...

huhuhu...simple tapi exclusive kan?

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...