Skip to main content

Geramnya...

Salam...

Kejadian berlaku baru beberapa minit tadi. Nak nangis je aku dibuatnya... Tak besar halnya tapi sangat buat aku rasa terkesan... Mulanya macam ni, masa baru nak makan bergedil (tau kan apa tu?), ada sorang guard - muda sikit, datang dan suh aku alihkan kete.

Act, sejak bulan lepas lagi, Puan Guru Besar dah suh aku alihkan kete yang aku selalu park sebelah kantin. Mungkin mengganggu students2 dia kot (budak2 ni semua suka berlari2)? Ok, aku angguk2 tanda faham dan takkan buat lagi. Lepas tu dalam awal bulan ni kot, guard yang cam tua sikit dari abah aku - Pak Yassin itulah... Dia suh alihkan kete - aku park kat sebelah tempat orang berteduh sambil tunggu anak2 habis kelas... Sebab lori sampah susah nak keluar masuk... Aku ok lagi...

Lepas tu kejadian yang baru tadilah... Bukan aku tak boleh ditegur (biasanya tak boleh terima dengan cepat), tapi aku rasa bila aku ditegur, lepas tu dah banyak2 kali kena tegur, aku rasa macam aku sorang je yang park kete kat tempat2 yang dilarang tu semua. Sedangkan ada je kete2 lain yang park sama ngan aku. Part yang ni memang aku ni agak sengal sebab semua nak sama ngan orang lain.

Apa bezanya aku dengan orang lain? Adakah sebab aku paling senang orang nak cari? Sebab aku bukan keje kat opis? Aku bukan cikgu? Aku bengang je sekarang ni. Siap masa aku tengah nak alihkan kete tadi, driver lori sampah tu tegur aku (lagi!), gtau pasal jadual diorang datang angkut sampah. Lantaklah, bukan aku nak tau sangat jadual kau tu... Ishhhh, geram aku la...!!!

Serius aku geram sampai nak mengamuk, nak menangis, nak campak je kunci kete - nasib2 lah kete sape yang terkena kang. Tapi aku waras lagi, aku ok lagik... Takmolah sampai macam tu sekali. Aku sorang je ke yang buat salah masalahnya sekarang ni? Dah lah dalam lab ni sorang2 je... So blog je jadi tempat aku untuk buang rasa marah aku ni. Aku masih geram lagi ni...

Dan bila nak park kete kat tempat lain yang biasa aku park, ada pulak kete yang menghalang. Inipun sengal gak...ada ke patut park kete dan halang aku nak lalu jambatan tu? Kalau aku lalu jugak, confirm tayar kete sebelah kanan masuk longkang yang besar gak tu. Untuk tak memudaratkan keadaan, aku drive kete kat blok lain yang aku tak pernah pun park kete kat situ. Kalau dah namanya pompuan lepas tu semuanya kat sini pompuan, memanglah ala2 je nak parking kete, nak keluarkan kete pun takut2...yang berani adalah 2-3 orang je kot?
Lupo den nak khobar an kenapo den marah bonar pasal park2 keto ni?Sobab eh, bilo budak2 dah start duduk untuk perhimpunan, orang2 yang lambek datang macam den ni ha, terpakso lah park keto dokek2 ngan guard, dokek ngan rumah sampah...yang konon2 eh menghalang laluan diorang nak kutip sampah... Jadi eh, kalau dah lambek, park keto kek situ konolah rajin2 alih an kek tompek lain lopeh budak2 ni masuk kelas...

Dan sikap pompuan termasuk den sendiri, dah park kek situ, maleh dah den nak keluar balik semato2 nak lotak keto kek tompek yang sosuai... Tak koso den la. Semuo yang dah park kek situ jarang nak alih2kan laei... Nak2 cikgu sebab diorang kan sibok nak mengajar? Lenkali den nak park keto kek luar sekolah yo, laei sonang. Ponek pun ponek la... Lagi diorang pueh hati kot? Sonang kojo sikit. Den tak suko nak serabut2 palo ni... Mintak mahap la yo? Den goram bonar dah ni...

Hui...siap dengan loghat2 pulak aku ni kan? Geram...geram...geram!!! Apa lagi nak aku tulis selain GERAM? Sebab aku memang tengah marah sesangat ni tapi aku tak suka dan tak pandai nak dendam2 ni... Benda2 camni takkan sampai nak dendam2 kan? Takde maknanya la... Setakat hal kete park bukan kat tempatnya je... Ni jap lagi aku hilanglah marah tapi aku akan ingat sampai bila2 pun...

Nak kongsi satu hal lagi, aku BUKAN pendendam dan bila marah aku cepat COOL. Dan apapun yang orang buat kat aku jugak aku buat kat orang, memori kat kepala otak aku ni senang betul nak tangkap. Sampai bila2 pun aku ingat punyalah. Susah nak lupa tapi tak bermakna aku tak maafkan atau apa2. Cuma aku akan ingat je... Jadi kecil mana pun kesalahan, iAllah masih kukuh dalam ingatan. Tapi ada jugak kadang2 aku lupa dan tiba2 akan menyesal sebab tak ingat. Hahahaha... Orang lain mungkin mudah lupa sebab taknak panjang2 hal apapun tapi kalau ingat bukan ada salah pun kan? Kan itu boleh jadi panduan?

p/s: aku tengah dengar Jendela Hati - Saujana... ada kisah di sebalik Saujana dan aku pasti ramai dah tahu bukan? Kejap lagi aku buat entry khas untuk diorang yang aku takkan lupakan sampai bila2 pun la...tapi aku sedey... :( ...

Comments

Popular posts from this blog

Ajip!

You're 22nd!

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu...

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...