Skip to main content

Kita Semua Kan Geng!

Salam...
Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan.
Hujung minggu yang macam biasa2 je... Cuma malamnya (Sabtu) ajak mak ngan adik2 (Ud ngan Fizi) layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula. Memula cam tak caya je aku ni betul2 ke nak ajak mak g layan wayang ni? Sebab aku kenal jugaklah mak tu macam mana...jarang nak tengok2 wayang ni. Last tengok wayang pun masa zaman2 kemahsyuran (hamboi2...) Jurrasic Park, Lost World... Lama kan tak tengok wayang ngan mak? Tapi berjaya jugak ajak mak layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula!

Ud dengan abah tak ikut. Ud sebab nak tengok bola pulak. Abah? Lagilah malas nak layan... Kata abah, bukan masa untuk dia layan wayang lagi sekarang. Ceh, berlagak betul statement... Huhuhu... Ajak jugak berkali2 tapi dia tetap takmo pegi gak sebab lagi best jumpa kawan2. Alamak, ter'kutuk' pulak...

Siangnya aku call TGV S2... Tak angkat2 call aku. Lama jugak cuba sampai dah nak habis Asar jugaklah. Tak berjawab2...sebab nak booked yang pukul 9.50pm punya cite. Hampeh tol TGV S2 ni. Nak pegi jugak punya pasal, ajak mak ngan Fizi cepat2 gerak dari rumah lepas je solat Maghrib. Dalam 8.00 pm macam tu. Nak beli dulu tiket 9.50 pm... Alih2 bila tengok kat tv, tiket 9.50 pm ngan 11.50 pm FULL!

Aku gtau mak ngan Fizi... Gila ah...ramai gile tengok cite tu? Pastu mak suh tanya cashier kot2 boleh booked untuk esoknya ke? Aku tanya soalan yang memang dah tau jawapannya. "Yang pukul 9.50 dengan 11.50 punya dah habis eh?"... "9.50 habis, 1150 ada lagi...) ... Kira taklah nampak 'pandai' sangat soalan tu kan? Mak kata amek je 11.50 punya. Aku memang ingat mak akan kata nak booked untuk esok tapi sangkaan aku 100% meleset. Hahahaha...

Ada lagi 4 jam lebih nak tengok cite tu. Makan2 kat foodcourt Jusco. Pastu solat sat... Pastu g masuk Jusco, tengok barang2...je. Dengar pengumuman "Jusco akan ditutup dalam masa 15 minit..."... Kitorang blah pastu naik atas. Penat berdiri je... Kerusi tak banyak, jadi siapa cepat dia dapat. Tapi patutnya toleransilah kan? Ada pulak kerusi panjang, ada 2 orang je yang duduk, kurus2 pulak tu, tengah2 letak barang? Ada ke patut? Dah tu ditambah dengan lelaki2 sekarang yang muda2 langsung tak gentle... Serius tau, aku tak main2... Memang bukan semua tapi semua yang aku jumpa takde yang gentlemen... Apa sudah jadi? Sedih tau... :(

Lepas Fizi beli popcorn, dia ajak turun (keluar) sebab nak duduk2... Memang penat berdiri je sebenarnya. Dalam 11.35 pm gitu naik atas balik. Bila isyarat tunjuk suh masuk, masuklah lepas dah reda sikit sebab orang memang ramai walaupun dah malam... Dan yang bestnya masa nak tengok filem animasi pertama Malaysia (silap tolong tunjuk eh?) ni, iklan tak lama dan iklan pun iklan animasi gak. Monsters vs Aliens... Cam best jugak cite tu. Comel jek...

Memang tak habis2 gelak tengok Upin & Ipin. Sedih pun ada gak tapi takdelah sampai nak nagis2 (aku kan hati kayu). Aku teringat yang Fizi ngan ada orang yang review filem ni untuk tak terus bangun bila cite tu cam dah habis tapi sebenarnya ada lagi... Walaupun diorang tulis Habis... Semua agak tertipu jugaklah sebab lepas je tulis Habis tu, ada lagi cite part yang orang2 jahat tu masuk ke alam Oopet... Pastu ngan Tok Dalang, Opah ngan Uncle Muthu naik atas batang kayu macam Upin, Ipin ngan Rajoo naik tu... Sama pulak skrip diorang tu semua... "Ingat masa depan..."... Ha3x!

Memang superb la cite tu, mantap, lawak selamba, 10 * la untuk team diorang. Lama tu nak siapkan cite tu - almost 4 years kan? Memang cute je diorang2 tu semua... Nak2 si kaki2 katik be2 tu la. Aku ingat2 balik dalam cite Upin & Ipin masa nak berkebun ngan Opah n kak Ros. Sukatik je tanam sebelah2 dengan jarak yang dekat. Nasib baik Mei Mei (bapak Mei Mei kan tanam ngan jual sayur sendiri?) nampak lepas tu dia tegur... Sebab nanti tak boleh tumbuh elok2 maaa... Pastu Ehsan tegur, "Macam koranglah (Upin & Ipin), asek dok dekat2 je tu sebab tak tinggi2..."... Hahahaha... Boleh pulak nak samakan orang ye? Nama pun kembar kan? Kembar seiras pulak tu, walaupun rambut Upin adalah sikit dari Ipin yang memang licin je kepalanya tu. Lepas dengan kawannya tegur terus je diorang ber2 kata "Eh ko tepilah sikit, jangan dekat2 dengan aku"... Bijak betullah diorang kalau bab2 menjawab ni...

Memang aku sarankan semua pegilah tengok cite tu. Best sesangat2... Rasa macam nak tengok lagi sebab Sabtu tu mengantuk sikit tapi memang layan beb! IAllah korang akan rasa berbaloi dengan harga tiket tu. Standard la harga tiket tu kan? Tengok eh? Ahad ni kalau sempat aku layan lagi cite ni kat TimeSquare, iAllah! Andai Allah izinkan la... Tak sabarnya nak jumpa kawan2 Batch 16 Pembuat Pakaian Wanita... Semoga segalanya berjalan lancar sampai pertemuan semula tu berakhir hari itu...

p/s: aku tengah tunggu baju sampai via poslaju, iAllah... Aku suka tengok pengarah Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula tu... sebab? mata dia sepet...wakakakak! ;) ... Kita kan Geng! ayat ni agak meruntun jiwa gak bila dengar dengan aksi Upin & Ipin yang memeluk Lim ngan Rajoo!

Comments

Popular posts from this blog

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da