Skip to main content

Cikgu Bidan Terjun..

Salam...

Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan.

Jumaat lepas tiba2 aku kena mengajar. Aku ok kalau disuruh mengajar tapi aku TIDAK dibenarkan mengajar langsung. Boleh ajar cikgu je (apa yang dia tatau la)... Kalau mengajar sesebuah kelas memang TIDAK dibenarkan. Itu adalah WARNING awal2 masa tandatangan surat perjanjian keje. Nampak macam lokek ilmu je kan? Tapi ini ARAHAN... AMANAH jugak... Siap Guru Besar kata kalau ada mana2 cikgu yang suruh aku mengajar budak2 kelas dia, lapor kat dia (GB)...

Tapi takkanlah aku nak laporkan jugak kan? Aku rasa ini hanya 'small matters' je. Apa yang boleh aku tolong, aku tolong... Dan aku yakin sangat2 budak2 ni semua tak faham apa pun aku ajar. Sebab aku tatau nak mula dari mana, nak habiskan kat mana. Cikgu tu siap buat pengakuan terbuka pulak lagi depan budak2 kelas dia. Sepanjang puluhan tahun (yang aku dengar dia gtau) dia mengajar, tak pernah tau pasal PC langsung.

Yang aku pelik tu bila dia macam takmo amek tau langsung pasal komputer jek? At least tanyalah sikit2 lepas tu try ajar budak2 ni... Takde maknanya...dia suh aku yang terangkan kat budak2 tu pulak. Aku blur sebab aku tatau nak mulakan... Aku terangkan, cikgu tu translate in English. Cikgu ni cikgu English sebenarnya dan dia sendiri gtau dia tak pernah pergi kursus2 yang berkaitan.

Dia tak pegi kursus cam aku dah taklah pelik sangat...standard la umo2 cam dia tatau pasal komputer. Mak aku tau pun sebab dia kena buat keje guna komputer (cikgu Hasmah - cikgu BM jek...). Abah pun kena gak tahu sebab dia kena mengajar muzik... Tapi dua2 lebih arif main game Zuma... Mula2 je sibuk2 nak guna komputer lepas tu game jugak akhirnya dedua masuk.

Dulu masa keje klinik, ada sorang doktor (nama dirahsiakan ye) yang umonya 61 tahun (tak silap akulah)...biasanya tanya aku macam mana nak buat apa2 kat komputer. Kadang2 dia yang lebih arif dari aku. Aku ajar apa yang dia kurang tahu. Nama pun doktor kan? Setakat komputer apalah sangat? Sedangkan bedah2 orang pun guna komputer, cek perut ibu mengandung pun guna komputer...cek degupan jantung pun komputer jugak salah satu alat yang penting.

Doktor2 muda yang locum kat klinik masa tu tak usah cakap la... Semua guna komputer canggih2... Bila tatau iAllah aku dicarinya... Kalau takde patient, sempat main game, siapkan laporan, chatting dan sebagainya. Dan tiba2 aku cam teringin nak bukak tempat tuisyen untuk orang2 yang berumo 45 tahun ke atas untuk penggunaan komputer... Angan2 tinggi aku ni. Tapi bila ingat2 balik masa aku ajar mak ngan abah, memang tak boleh nak mengajar rasanya. Sebab aku ni cepat naik angin...

Last Saturday, abah mintak tolong aku ajarkan macam mana nak buat emel. Aku bagi yang mudah2 je...kejap je tu ingatnya... Jap2 g call aku balik tanya macam mana nak buat itu ini semula... Huahuahua... Dengan adik2 aku pun aku cepat melenting...padahal diorang dah mintak tolong ajar. Tu yang semua cam malas je nak mintak aku tolong diorang... Tau nak marah jek... Sape suruh? Hahaha...sengal.

Hari ni asek sakit perut je kejenya. Dah lama tak sakit perut macam ni. Kira bersyukur jugak la... Sebab kalau dah berhari2 tak sakit perut, parah jugak. Pening pale ngan angin ade je kang... Tadi break jap sebab ada kelas Bahasa Arab. Seronok pulak tengok budak2 belajar Arab ni... Dulu2 aku kat sekolah agama je belajar Arab. Sekarang ni rasanya wajib kot? Sebab abang sepupu pun mengajar Arab kat sekolah rendah jugak. Kaifa Haluka? Ana Bilkhair (maafkan adku yang dah memang otak tepu ni...)

Tinggal lagi 12 minit aku nak balik rumah... Huhuhu... Asek kira waktu je, tu yang bila jam tertinggal kat rumah aku resah semacam jek. Bukan sebab takde benda kat tangan tapi jam aku ni cepat sikit dari jam sekolah (sukatik jek)... Padahal awal2 masuk keje dulu aku dah set betul2 ikut jawam sekolah tapi cam makin cepat pulak jam aku ni... Best gak sebab bila loceng masuk kelas lum bunyi aku dah ada kat sekolah. Takut lewat je kang. Bila balik pulak yang parah sikit sebab jam aku dah pukul 2, jam sekolah baru nak pukul 2... Nasib kome le...

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...