Skip to main content

Kalau Kau Fikir Kau Susah, Ada Lagi Yang Lebih Susah...

Salam...

Dulu aku tak terasa nak fikir dalam2 apa maksud tajuk aku. Pernah aku baca dalam satu majalah wanita (lupa nama majalah tu...). Cite pasal Rosyam Nor. Aku kagumi dia sebagai seorang lelaki, suami, ayah dan pelakon yang serba-serbi boleh. Banyak benda yang dia citekan kat dalam majalah tu.

Apa kene mengenanya tajuk ni ngan Rosyam Nor? Dia cite dalam majalah tu yang dia dulu sekeluarga orang susah (even dia dah senang pun sekarang, dia tak macam orang lain)... Aku takde kene mengena dengan dia sekeluarga ok... Cuma aku teringat yang dia cite kat majalah tu bilamana arwah ayah dia ngan mak dia selalu pesan kat dia dan adek badek dia "Kalau Kita Fikir Kita Orang Susah, Ada Lagi Orang Yang Lebih Susah Dari Kita"... Lebih kurang gitulah ayatnya. Cuba kamu semua fikir dalam2, betul ke tidak pernyataan tersebut? Aku tahu dan faham itu benar. Kenapa benar? Kadang kita mengeluh bila waktu makan, kita makan tak seenak orang lain yang lebih berkemampuan.

Itu antara contoh2 biasa... Alhamdulillah aku belum pernah rasa macam orang2 yang lebih susah dari aku sekeluarga, macam mak dengan abah masa kecik2 dulu, orang2 dekat Palestin sekarang... Maksud aku kat sini adalah waktu makan tadilah. Ada yang aku pernah baca cite diorang, takde duit nak beli makanan sampai makan bubur atau nasi dengan garam je... Mak ada gak cite masa kekecik dulu nak beli apa2 makanan yang dia suka terutamanya, kene anyam daun nipah jadi atap dan jual. Dapat duit 10sen beli dalam 10 keping biskut kalau tak silap. Mak selalu kata kalau beli apa2, makan apa2 jangan membazir...kesian kat orang2 yang takde makanan... Akhirnya aku jadi sebesar sekarang sebab taknak bazir makanan langsung. Masa aku kecik2 dulu tak pernah tak buang nasilah... Sekali makan ada je yang tinggal punyalah... Huhuhuhu...

Tapi selalu ke kita ingat nak bersyukur? Jarang sekali malah menyalahkan takdir pula akhirnya. Aku kata macam ni sebab ada orang terdekat dengan aku yang selalu mengeluh tentang hal yang satu ini. Susah sebab tak boleh itu ini. Dulu ada benda yang boleh dibuatkan sebagai alasan. Tapi sekarang ni alasan hanya tinggal alasan je. Sebab alasan2 tu semua dah tak perlu lagi untuk situasi sekarang.

Tapi tetap juga nak beralasan. Bila dia kata dia susah seperti apa yang dikata, ada lagi lebih teruk dari dia. Tapi aku lihat kebanyakkan yang lebih susah sebolehnya untuk tak mahu dilihat sebagai susah. Maksudnya di sini berusaha sedaya mungkin untuk menjadi lebih baik. Jadi fikir2lah yang susah kita tak sesulit orang lain. Kita takkan boleh jadi orang lain macam mana mungkin ada yang mahu jadi macam kita.

Bila dia fikir dia tak boleh kenapa orang lain boleh? Tau pulak jawab itu orang lain bukan dia. Kenapalah terlalu banyak alasan yang dicipta lebih dari usaha? Kata orang jangan selalu mengata orang nanti terkena batang hidung sendiri. Andai dulu aku tak mahu terima hakikat sebenarnya bahawa perumpaan ini memang ada betulnya tapi aku akur ia memang benar2 terjadi... Serius aku kata! Maknanya aku ada mengata oranglah ek?

Sebolehnya taknak menulis sesuatu yang menjurus kepada 'mengumpat' orang lain. Pernah aku jadi seorang yang sangat suka menyibuk dan mengambil tahu akan hal orang lain. Bila difikir2 kembali dan tau apa natijahnya aku cuba sedaya mungkin untuk berubah. Bila sungguh2 iAllah Allah senangkan jalannya. Sekarang ada jugak ambil tahu tapi dah tak separah dulu lagi. Bila bertanya lebih2 sikit nanti kita yang dipulang paku buah keras. Adoi...

Jadi harap2nya aku dan kalian boleh untuk tidak mengeluh walau halnya sebesar kuman (biar tak nampak pun)... Ingat yang bukan senang kita nak jadi senang kan? Fikir2lah...

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...