Skip to main content

Countdown - 9 Hari Lagi...

Salam...

Diam x diam tinggal 9 hari je lagi untuk 'Small Gathering' anjuran aku dan Aini. Kitorang buat untuk Batch 16 Jahitan a.k.a. Pembuat Pakaian Wanita (YPVWM)... Asal2 plan nak bercuti tapi tak jadi sebab ramai yang tak boleh... Destinasi pilihan masa tu PD dan semuanya tatau nak naik apa ke sana. Lebih mudah katakan yang diorang 'agak malas' untuk mencari, tau2 semuanya dah sedia depan mata. Wallaweiii...

Banyak kali jugak berbincang pasal perjumpaan kecik2 ni. Untuk tidak memeningkan kepala dan tidak menyakiti atau mengguris hati mana2 pihak, aku suruh Aini tanyakan (nombor2 yang Aini ada je) kat mana nak jumpa, bila...? Diorang kata x kisah, terpulang pada aku dengan Aini. Aku tanya dulu supaya takdelah kat belakang2 kata "Kenapa buat kat sana? Susah la nak pegi sana... Tak boleh pegi lah...". Korang pun mesti pernah hadapi benda2 macam ni kan?

Ok, aku dengan Aini pilih tempat yang semua orang boleh pegi. Act, aku dengan Kin (sorang lagi budak kelas aku) decide nak pegi Genting sebab Kin yang craving sangat... Aku nak sangat temankan dia tapi aku takmo jadi apa2 kat dia nanti + sana tahu jelah sejuknya macam mana... Dia tu ibarat Olivia isteri Popeye tu kurusnya. Tak jadi pegi Genting sebab ramai yang taknak ke sana. Last2 pilih TimeSquare (walaupun takde tulis dalam list langsung). Ramai jugak yang setuju dan ramai gak yang kata 'tak kisah'...

Aku bagi Aini suh diorang pilih tarikh pulak. Antara 21hb Feb ngan 28 Feb... Taknak jugak pilih dan sekali lagi diorang kata 'tak kisah'. Aku sampaikan pada Aini untuk disebarkan pada semua... Semua budak2 Batch 16 (20 orang je...). Mula2 aku pilih 28hb Feb sebab dah memang gaji masa tu kan? Last2 aku decide 1 Mac je, Ahad...

Tapi tak aku sangka pulak, ada yang tatau langsung pasal hal ni. Buat aku tak sedap hati je dibuatnya. Aku ingat dah tau semuanya (tak boleh main ingat2...kene tanya sorang2 jugak sebenarnya). Sebab masa nak ke PD tu semua tahu tapi macam ada sikit problem so tak dapat nak teruskan...
Bila ada yang tatau, aku sendiri sms n dia call aku. Ida (sorang lagi budak kelas), sebaya aku. Rupa2nya dia tak dapat ikut sebab dia kene keje. Aku dah tak bape nak sedap hati dah sebab rasanya aku tahu dan kenal perangai diorang sorang2... Itu masa belajar dulu memang aku tau apa yang diorang rasa n fikirkan. Harap2 takde yang begitu lagi (terasa2 hati ni)... Tapi manusia tetap manusia takkan lari dari rasa tu pun. Even aku sendiri pun macam tu jugak.

Kesian jugak pada yang tak tahu langsung dan tak dapat ikut serta. Tapi itulah, aku dan yang menguruskan acara ni tak dapat nak puaskan hati semua. Seboleh mungkin aku nak semua ada dan hadir kat Gathering yang julun2 kali diadakan ni, iAllah. Dan mungkin masa kat TSquare tu akan diadakan cabutan nama untuk tukar2 hadiah (setiap orang diwajibkan untuk membawa 1 hadiah) dan cabut nama untuk menguruskan Gathering kedua iAllah. Moga2 Allah izinkan...

Takmo nanti ada yang tak rasa untuk uruskan. Gathering iAllah akan diadakan setiap tahun. Maksudnya setahun sekali sahaja. Sepanjang tahun sebelum atau selepas setiap Gathering diadakan (bape banyak diadakan daaaa?), akan diadakan meeting, PotLuck (lepas tengok kak RedMummy.Com adakan dengan jayanya), keluar ramai2 tengok wayang ke, sambut besday sape2 ke, bercuti2 Malaysia dan berkelah...ataupun lawatan kat mana2 destinasi yang menjadi pilihan.

Setiap orang diberi peluang untuk memberi pandangan dan idea untuk setiap acara yang bakal diadakan nanti, iAllah. Mungkin undi jugak nama2 tempat yang kitorang nak pegi. Sape dapat undian paling sikit, aku decide untk pegi jugak tapi ikut giliran la... Sebab tiap orang punya keinginan yang berlainan...
Sekali lagi...countdown... Esok tinggal 28 hari je lagi, hati aku makin berdebar2... Huh!
p.s: aku manusia biasa, tak mampu nak sukakan semua orang, hati orang puas...tapi aku cuba 'sempurnakan' apa yang masih lompang...madah helah lagi ke? ;)

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...