Skip to main content

Syawal Just Around The Corner...

Salam...

Punyalah sibuk sampai takde masa nak menulis ye? Poyo gile pernyataan yang memang nyata (percayalah)...walaupun kat FB 24/7 online...cuma terkadang tak perasan orang nak chat tapi tak dibalas empunya FB....maafkan daku ye semua... Dan hari ni sedaya upaya gagahkan diri, bukakan mata luas2 sebab nak menulis sepatah 2 kata (ni dah berpatah2 yek...). Hari2 berfikir, nak tulis apa ye? Sebab selalu nak kena tunggu mood je. Kadang teruja nak menulis, malas pulak yang bertandang. Malas dah berlalu, idea pulak takde. Akhirnya, tulis tajuk je yang mampu...kalau boleh nak menulis yang bukan sia2...

Tapi kalau tersasar tu harapnya dapatlah kiranya ditegur ye. Saya tak bijak tapi saya pun manusia biasa. Nak menulis pun suka2 je. Kalau ada yang bagus, lebih baik dikongsi bersama kan? Ilmu dan semua itu tetap milik Allah. Kita hanya peminjam sementara...

Oh ye, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Kalau kecik2 kita mesti dah mula teruja nak pakai baju2 baru, kasut baru nak bergaya depan sanak-saudara kan untuk sambut Syawal? Tapi dah besar2 ni, berakal...rasanya lebih kepada persiapan yang sangat2 sederhana je...kalau yang dah berkeluarga, anak2lah tumpuan utama...kita yang bujang, keluarga yang ada itulah menjadi keutamaan... Tak sabar jugak rasanya nak beraya, dapat berkumpul ramai (harapnya)...

Hmmm...itu cerita Ramadhan n Syawal... Tiba2 pagi ni terasa rindu pada kisah masa kat sekolah nerasrama saya yang pertama... Mahu tak rindu, kat sanalah saya belajar untuk tinggal jauh dari mak (dekat je cuma di tengah2 hutan)... Bila tengok cite Qalesya, saya pati teringatkan kisah2 di asrama satu2nya tu... Memang banyak meninggalkan memori. Apa yang sedih dan kurang baik, kita simpan jadikan kenangan. Yang terindah itu akan tersemat di kalbu selamanya, insyaAllah.

Di sana jugaklah bertemua adik2 baru...beruntung saya sebab diorang bijak2, diorang cantik dan tampan (korang jangan kembang sangat akak dok puji ni ye)... Ah! Sungguh saya rindukan suasana dulu. Bila dok sana memang saya nak balik rumah je. Tak tahulah kenapa susah sangat nak adapt diri kat situ. Kelakar bila ingat2 balik. Macam2 cite yang ada...macam2 benda saya lalui kat sana.

Bila kan ketemu lagi itu, tak tahulah ye. Kalau boleh semua sekali saya nak jumpa...semua sekali, serius!!! Cumanya, bila...dan dimana akan direalisasikan tu je saya kurang tahu...memang tak tahu kot? Gambar saya dan diorang pun tak banyak... Tapi syukur jugak sebab masih ada beberapa lagi teman yang saya masih hubungi. Sayangnya kalau tak terus berhubung. Entah di mana agaknya yang lain2 tu...

Entri kali ni juga suram tanpa sebarang gambar...tunggu rayalah agaknya tu. Balik kampung ke tak agaknya tahun ni? Huhuhuhu...insyaAllah balik tapi raya ke berapa tu tak pasti lagi... Setiap tahun pasti alami raya yang berbeza kan? Tapi bagi saya (terutamanya), raya sekarang dah tak macam dulu lagi...meriah dengan cara kita je. Kadang kesian tengok adik2 sedara yang kecik2 tu semua. Kalau sama2 membesar macam dulu, mesti best kan...:D

Semoga Aidilfitri kali ini buat kita rasa lebih bersyukur dengan segala kurniaanNya. Semoga segalanya dirahmati, diberkati dan lebih baik dari yang sebelum2nya...Ameennn... Raya...raya jugak, jangan dilupa pada yang kurang upaya... (kot rajin, esok akan ada entri baru...kalau rajinlah kan)...

Comments

Fathiyah said…
hidayah, salam aidilftri buat kamu =)
maaf zahir & batin kalo ada slh & silap ye
HidayahYassin said…
fathiyah...salam jugak untuk awak. sama2 lah kita kalau ada terlanjur kata tersilap cara, maaf ye...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...