Skip to main content

Aku Tahu Semua Tahu...Sebab Aku Yang Beritahu...:D!

Salam...

Ingat nak tulis pasal admittance in SALAM tapi nanti2lah. Ini adalah kesinambungan entri sebelum ni. Cumanya akan dimulakan dengan hari bersejarah yang berlaku semalam... Hari Persaraan Kak Norma - Cikgu Pemulihan. Lepas je keluar hospital terus gigih mula nak buat. Masa ada dalam seminggu n tarikh persembahkan mulanya Rabu which is today tapi diubah kepada semalam. Dalam 1 hari lagi nak keluar dari hospital, cikgu pra - Asy call mintak tolong buatkan video klip kak Norma... Sukalah saya sebab dapat task macam tu. Antara impian sejak keje kat Cheras dulu tapi sebab takde reason nak buat pasal apa, hajat itu dipendam sahaja.

Masa nak buat tu jugaklah, kena pk nak siapkan assignment2 dengan presentation. Memang manage to do all the things in the same time tapi berdebar2 jugaklah. Siap je keje2 assignment untuk Ahad lepas, terus sambung siapkan video klip kak Norma. Sejak hari pertama mula buat, memang seronok n masa tu rasa macam ok je semua. Sampailah ke hari Isnin konon nak siapkan terus burn... Tapi atas sebab2 tertentu, lagi 10% nak siap dah save...ingat nak sambung kat rumah TETAPI...

Buat keje ni guna laptop kak Alya (thanks!). Bukak2 je laptop, hamek ko! Semuanya jadi merah - tak tersimpan 1 pun yang dah dibuat tadi. Apakah yang telah terjadi? Memula den ingat macam Jumaat sebelum tu, mungkin sebab tak boleh guna komputer lain2. Tapi, tetap jugak jadi benda yang lain. Dah saat2 akhirlah macam2 nak jadinya. Takpe, sebab seronok punya pasal sanggup jugak nak teruskan. Kalau ikutkan bengang memang bengang sampai nak menangis jugaklah.

Tido sampai 4.30am konon2 dapatlah siapkan tapi dalam hati dah kata kot tak boleh jugak, pagi2 esoklah buat (semalam - Selasa). Esoknya bangun jugak dengan semangat yang membara (eceh!) nak siapkan dari mula. Memang semangat dan pasrah habislah. Terfikir2 jugak kalaulah tak jadi jugak, nampaknya guna slideshow Asy jelah. Buat punya buat sambil kak Intan n kak Zai datang tengok dalam masa lebih kurang 3 jam (sejak semalam asek cakap hal ni..sori, nak cite je), akhirnya siap sampailah Asy datang lepas mekap budak2 tarian. Memang gile habis. Tak sangka2 gitu jadinya.

Sebab sebelum2 tu buat, rasa best n puas hati sangat2. Ye, itulah orang kata sebaik mana pun perancangan kita sebagai manusia biasa... Allah jua penentu segalanya! Alhamdulillah, segalanya berkahir dengan gembira. Hilang segala rasa gundah sebelum tu. Sampai tak rasa nak makan pun (tapi makan jugak sampai licin...hahah!), menggigil satu badan sampai buat semua benda pun tak tentu arah dah.

THANKS SO MUCH ALL SK PUTERIS'!

Sambung kepada tujuan entri hari ni. Kan dah cite pasal terjumpa fb 'dia'? Tu satu keterujaan dan peringatan dari kawan2 pun saya dapat. Ye, thanks semua atas peringatan. Saya ingat tu dan doakan saya terima apa pun ketentuan Allah. Yang terbaik tetap dari Allah. Tiba2 tadi kan, saja gatal2 tangan google la nama encek seorang ni. Jumpa! Dalam 1 blog tempat dia keje dulu. Aik? Nampak lain (tembam masih sama n terasa macam lebih sikit dari sekarang) sebab itulah kali pertama tengok dia tanpa spec. Dan rasanya apa yang 1 of my friend told me, dia mungkin bukan jenis yang suka letak banyak2 gambar dalam fb. Ye, itupun 1 kemungkinan kot? Tak ape, itu bukan sesuatu yang penting...iAllah.

futnot: thanks again frens! peringatan anda semua buat saya rasa saya beruntung punya kamu2 semua sebagai teman dalam seluruh hidup saya. doakan saya supaya selalu sedar diri. saya tahu dan takut juga kalau2 apa yang jadi kemudian hari tak seperti apa yang saya impi2kan. saya pun taknak jadi macam tu. semoga saya tak jadi seperti sangkaan2 kamu semua ye...thanks again!

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...