Skip to main content

Alhamdulillah… Thank You Allah!

Salam…

DSC05104

Di usia 27 tahun ini, aku masih dapat menghuni bumi Allah ini. Bersyukur sangat2 dilahirkan sempurna segala segi (tiada manusia yang sempurna pun…). Thank You Allah for this great opportunity that You gave to me…

Sepanjang usia ini, aku dah diduga macam2 perkara… Tapi aku masih mengharapkan aku redha terima segalanya yang berlaku. Semua yang berlaku pastikan ada hikmahnya… Aku mohon aku selalu ingat Allah macam mana Dia sayangkan aku dan ingat aku manusia biasa ini…

Dan di usia ini aku harap aku mampu bahagiakan keluarga aku terutamanya kedua orang tua yang paling aku sayang walau adakalanya aku kurang sabar dengan perangai aku sendiri…

Dan aku mohon aku boleh terus perbaiki diri setiap hari. Punya redha mak abah supaya Allah juga redha dengan aku. Aku mahu aku tidak terus n selalu sakiti orang lain. Aku mohon apa yang aku doa dikabulkan Allah. Amin2 Ya Rabbal ‘Alamin.

Sungguh aku tak kuat nak hadapi apapun yang diberi Allah tapi dengan bantuan Dia juga aku mampu untuk melaluinya walaupun kalah itu sering menjadi teman setia aku… Kata orang, nak cantik kena sakit. Nak bahagia pun bukan mudah. Selagi mampu hadapi ujianNya, kita masih kuat dipandanganNya.

Aku harap selama aku hidup di bumiNya ini, aku tidak berubah kepada yang buruk…itu juga ujian untuk aku… Semoga aku istiqomah… Doakan aku ye kalian semua…!!!

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...