Skip to main content

Mungkin Ini Silap Saya...!

Salam...

Bersiaran kembali kat blog tersayang (asek tukar2 je template dia...:D). Lama tak menulis rasa macam tak best pulak. Memang idea nak menulis pun tak sehebat mana, tak datang dengan lajunya. Jadi, saya kena cuba untuk mengadakan mood menulis.

Sejak akhir2 ni, saya selalu beremosi bila nak menulis. Terlalu ikutkan perasaan kot? Kan saya sedang cuba untuk tak selalu berkongsi cite dengan orang? Ya, saya sudah tahu dimana limitnya dan sekarang ini adalah waktu yang paling sesuai untuk berhenti dari semua ini. Hanya orang2 tertentu yang dah saya senarai pendekkan saja yang akan selalu tahu apa saya rasa.

Padahal sebelum ni dah kena, tapi saya percaya yang dulu itu hanya peringatan saja. Sebab orang itu saya baru kenal, tak tahu isi hati n budi dia pun. Sebab percaya sangat dengan luarannya...kan? Tapi, sekarang saya hadapi perkara yang sama jugak. Saya selalu sedar, apa yang jadi pada saya hari ini (baik+buruk), mungkin apa yang pernah saya buat pada orang dulu2...tapi saya tak sedar. Dan sekarang, saya redha dengan semua ini. Cuma untuk berkongsi rahsia dengan orang yang sama itu tidak mungkin lagi...kot? Sebab sekali orang musnahkan kepercayaan kita pada dia selama kita kenal dia, tak mustahil akan jadi lagi hal yang sama kan?

Saya memang kena hati2. Memang takde apa2 impak (tak macam sebelum ni) sekarang tapi bila hati dah terguris dek kerana hal2 begini, saya jadi keliru. Salahkah saya sebagai manusia ini, berangan2...cite semua yang saya rasa kat orang2 tertentu? Pernah saya terasa sesuatu setiapkali berkongsi cite tapi tak sangka pulak, terjadi antara saya dan orang yang saya percayai. Peringatan atas permintaan saya untuk lebih berhati2, tidak terlalu mudah nak kongsi semuanya pada orang.

Dan saya selalu anggap, bila kita kongsi cite kita tapi orang yang konon2 nak-dengar-tak-kira-bila2 tapi tak fokus dengan apa yang kita cakap, maksudnya dia memang tak sudi nak dengar pun. Tak kisahlah apa pun alasannya, dengan siapa pun dia sampaikan cite2 yang saya luahkan, saya memang tak boleh terima. Walaupun orang itu saya kenal tapi saya tidak rapat dengan orang itu macam mana saya rapat dengan dia. Mana mungkin ianya sama bukan?

Saya bimbang andai perasaan tika ini membawa ke tahun depan sampai saya tak ada hati nak bertemu dengan sang pencerita itu. Memang tak boleh percaya seseorang 100% tapi bila dah jadi macam ni, ok...saya memang takkan kongsi apa2 lagi dengan dia. Harapnya dia faham kenapa...maaf, saya tidak mahu terjadi perkara2 begini lagi. Mungkin ini silap saya sebab tak ingatkan dia supaya jangan cerita pada sesiapa...salah saya...!!!

Lepas2 ni, saya cuba untuk kurangkan rasa nak kongsi cite (sebab ada orang suka perlekehkan apa yang saya luahkan, pandang rendah dan selalu fikir masalah2 saya semuanya remeh2)... Dah, lah... Enough Is Enough! Saya dah penat nak rasa tak suka pada orang...benci orang... Saya memang tak suka ada perasaan begini. Saya maafkan dia TAPI saya memang tak akan boleh lupa apa yang jadi ni sampai saya mati kot? Saya redha dengan apa yang dia buat...saya juga pernah begitu... Maafkan aku, Tuhan!

Salahkah saya punya angan2 yang begini? Dulu memang saya mengharap dengan amat sangat...tapi sekarang, saya sedar Allah sebaik2 penentu... Saya ni hambaNya yang selalu lalai dengan perintahNya, saya tahu dan cuba redha kenapa DIA tak makbulkan doa yang ini (harapnya makbullah kan...) sebab DIA punya rancangan yang lebih baik dari yang ini. Manusia pandai berkata2 je, benarnya kita pun tak tahu...dia jujur atau tidak...?

Semoga, saya dan semua sedar dengan apa yang dah jadi. Memang semua orang pernah buat silap...belajarlah dari apa yang berlaku. Kita nak yang baik, kita pun kena jadi baik kan? Kita nak yang bagus, takkan kita tak nak cuba jadi sebagus itu? Huhuhu... Harap2 saya tak selamanya begini... Meluah di sini lebih baik rasanya...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...