Skip to main content

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Salam…

Ramai dah buat entri Ramadhan n aku jugak taknak ketinggalan… :D …

Selamat Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini… Semoga dilimpahi keberkatan sepanjang bulan ini. Allah mudahkan segalanya, diberi kita kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan dan dimakbulkan setiap doa2 kita… Aku mohon dengan sangat2 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Hari Pertama Ramadhan… Hari sebelumnya dah macam2 aku rasakan…tak mahu ingat2 lagi dah. Tapi malam tadi yang paling tak boleh blah bila aku mimpikan ‘dia’…sampai ke Bumi Kenyalang aku “cari” ‘dia’? Bukan mencarilah sebenarnya tapi entah kenapa aku pulak nak pastikan betul ke tak ‘dia’ pernah di situ dulu? Semoga tak ada lagi mimpi2 macam tu… Den dah bengong ni… Dengan pinggang yang ala2 sakit lagi ni…

Semua tu terjadi lepas aku menggatal bukak fb ‘dia’ dan terbukti dia bukak fb kejap sebab frens dia dah ramai… Sape stalk sape ni? Hahaha… Tapi sebelum tu dah remove fren request pun…konon2 pasrahlah kan. Tapi semalam aku add as friend semula…ye, aku memang gatal. Dan pagi ni gatal tangan lagi tengok2 fb ‘dia’, dah bertambah lagi seorang. Mungkin terlalu ramai yang add kot so tercicirlah beberapa nama…kawan kata memang ‘dia’ tak approved lagi… Entahlah kan, aku memang pasrah dengan ketentuan je sekarang (Nampak yang aku lebih2 kan?).

Tengoklah apa akan jadi nanti. Kalau reject, teruskanlah dengan kehidupan seperti biasa dan taknak ada rasa menyesal2 atau kecewa sebab tak bestlah macam tu… Kalau ‘dia’ terima pun, aku nak behave myself bukan macam masa mula2 terjumpa fb ‘dia’…seriklah. Teruja sangat sampai nak hebah kat semua. Malunya!!!

Dan di kesempatan ini jugak nak beritahu yang Variety Entertainment bakal berubah nama (rebranding) atas sebab2 tertentu. IAllah ada banyak yang bakal disediakan oleh pihak kami… Doakan kami berjaya menubuhkan syarikat kecil ini.

futnot: barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair... doakan saya tercapai impian & lagukan untuk saya nanti…

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...