Skip to main content

Husnuzhon - Jangan Berprasangka Buruk!

Salam...

Agak berkurun nak sambung dari entri lepas (tak ada kena mengena pun antara keduanya). Cerita hidup masih seperti biasa. Kadang sibuk sangat dan adakalanya suam2 kuku je. Bila bosan, saya jadi sesangap yang mungkin. Nak bercerita dan kongsi kisah tak tahu dengan siapa (saya sedang belajar untuk kurangkan meluah perasaan pada teman2...kesian diorang nak mendengar).

Oh ye, Sabtu yang lepas bersamaan 12 Jun 2010, sepupu ketiga kami sebelah abah sudahpun selamat bertunang. Saya pulak sepupu keempat...huhuhu! Pertama kali menghantar rombongan bertunang secara rasminya. Sebelum2 ini sepatutnya sama2 enjoy menerima rombongan pertunangan saudara2 yang lain tapi keadaan pulak tak berapa nak mengizinkan. Jadilah kan, ada jugak pengalaman... Lepas2 ni iAllah akan menghantar juga untuk 4 kali mungkin...:D

Syuhaila

Amy & Syuhaila

Hantaran Both Of Them!

Pengiring Kehormat...
Masa dari Seremban...
Masa kat Petronas...

Kami dah sampai!

Pelaminan...

Meriah dalam ertikata keramaian orang yang hadir masa majlis tu. Seronok jugak tengok (pertama kali jumpa bakal isteri sepupu). Cantik dalam persalinan yang dah macam pengantin tu... Zaman sekarang memang macam tu la...tak apa, itu dia... Saya? Tunggu dan lihatlah...

Selalunya saya kalau baru tengok orang melalui gambar MESTI akan anggap yang bukan2 dan sejak akhir2 ini saya sedang dan masih mencuba untuk hilangkan perasaa yang begitu. Ada baiknya fikir yang buruk dulu tapi nampaknya yang lebih tidak baik itu lagi banyak...so, saya rasa saya MEMANG perlu untuk sentiasa berfikiran baik atau lebih bagus kalau tidak berfikir...kalau dalam hal2 begini. Sangat tipikal bila kita fikir orang itu begitu dan begini sedangkan kita tak kenal dia siapa...

Dan bila dah kenal...orang ini tidak sebegini yang kita fikirkan, kita pun mulalah menyesal. Kalaulah masa boleh diputar semula? Dan kita juga akan termalu sendiri dan dalam masa yang sama jugak akan terus berfikiran yang tidak baik hanya kerana nak memuaskan hati kita... Tak baik kan macam tu? Allah bagi kita fikiran untuk fikir yang baik2 je. Kalau kita terkena yang tak baik, itu dah nasib dan takdir yang kita sendiri tak sangka akan jadi macam tu.

Tadi tengok Anjakan Paradigma Bersama Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah...tu yang saya terfikir dan semakin berfikir. Bukan semua orang tu adalah seperti apa yang kita fikirkan. Saya pun nak elakkan dari berfikiran yang buruk2 ni. Supaya hati kita lebih tenang, wajah pun tak rasa nak marah atau diri sendiri pun akan yakin selalu. Kira apa yang kita fikir dalam hati akan terpancar dalam hati. Dan pernah saya terdengar orang kata, sentiasa berfikiran baik supaya kita rasa senang hati, iAllah...

Sebenarnya intro entri kali ni memang ada kena mengena dengan isi yang sedang saya tuliskan ini. Tapi lepas dah berdepan dengan "kenyataan" saya jadi pasrah dan saya akui yang kita tak perlu pun nak fikir yang bukan2 sebenarnya. Lebih baik terbuka hati dan terima apa saja yang datang... Semua tu sebahagian pengalaman hidup dan kita perlu selalu ingat supaya jadi pengajaran.

Comments

hudhud said…
kahwin lagi. ni rasa nak kahwin ni heheh :P
HidayahYassin said…
hehehehe...boleh dah kawen tu...

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...