Skip to main content

Susun Silang Kata!

Salam…

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Tak tahu nak kata apalagi dengan hati nuraniku ini…sekarang ini! Bukan tak suka atau benci dengan usaha yang tak henti2 tu TAPI entah macam mana lepas golek2 masa nak tido, bangun tido, masa mandi dan setiap masa PASTIkan terfikir hal yang ini. Aku jadi pening. Aku taknak ada RASA putus asa sebab aku tahu n yakin Allah Maha Mendengar segalanya. Dia tahu sampai mana dan bagaimana aku berusaha untuk ini. Sungguh kalau aku punya KUASA, aku nak buat sesuatu itu seperti apa yang aku harap2kan tapi berbalik kepada asal, HATI manusia tak siapa boleh paksa.

Aku tahu, usaha aku tak banyak TAPI aku sangat mahu ‘dia; tahu apa yang sedang aku rasa… Bila difikir2kan kembali, selama ini…sejak aku jumpa ‘dia’, aku dapat rasa apa yang pernah orang lain rasakan selama ini… Makan tak kenyang bila-aku-berdepan-dengan-‘dia’… Mandi tu basahlah jugak rasanya, tido tu kadang tak berapa nyenyak nak2 bila aku tau aku akan jumpa ‘dia’ esoknya (dulu2)…

Dan sekarang aku pasrahd engan ketentuan…kalau boleh memang taknak putus asa dan harapkan kejayaan akhirnya…entahlah! Pernah aku khabarkan pada seorang teman tentang perasaanku (kisah lama aku dulu) dan pesannya pada aku, cuba belajar dari apa yang pernah berlaku dulu. Dan setelah 1 tahun lebih, barulah aku faham dengan maksudnya. Jadi, sekarang aku cuba untuk lakukannya CUMA bila diberitahu pada teman2 yang lain, mereka pula bagai tak percaya dengan tindakan aku ini…

Kata mereka, benar2 aku masak dengan keputusan ini? Aku pula yang jadi seperti tak tahu nak buat macam mana lagi… Aku tak katakan yang aku benar2 tekad dan bulat tapi aku cuba untuk mengkikut ketentuan Allah. Andai benar seperti yang DIA tuliskan, aku cuba redha dan semoga waktu itu aku tenang menerimanya…  Dan sekali lagi, aku cuma harapkan titipan doa kalian yang aku kenal sebagai sahabat2 dan teman2ku…itu yang aku mohon. Mungkin hari ini, aku rasa begini dan esok lusa berubah pula…siapa tahu?

Ah, rumitnya bila tiba Soal Hati ni.  Mungkin aku je yang terlalu memikirkan atau mungkin orang lain tahu mengawal dan mengatasi segalanya tapi tidak aku? Buntunya…tapi tetap nak kalah dan kalau boleh biar ini yang terakhir. Penatu tahu memendam rasa ni…! Sampai orang kadang2 kata aku yang mengelamun seorang… Kalau dapat diputar kembali segalanya dari mula, aku mahu ubah segalanya. Aku taknak berlebih2an TAPI siapa aku nak buat semua ni?

Aku mohon ‘dia’ seperti apa yang kami rasa selama ini (kami-aku dan teman2 yang tahu)… harapnya saja begitu… Kalau salah, kita hanya manusia biasa je… Tapi bila cerita kat teman2 dan sedara, % macam ada respon tu sikit2 la…macam tak pun ye jugak. Lantaklah labu…kalau ye, aku syukur sangat…sebalik, aku mohon dengan sangat aku redha! Redhakan aku Ya Allah!!!

futnot:

... when you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth.

Sir Arthur Conan Doyle

Source: http://quotes4all.net/quote_406.html

[Powered by QuotesPlugin v1.0 for Windows Live Writer]

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...