Skip to main content

Tak Suka, Tak Berkenan...Tak Faham...

Salam...

Tak suka dengan internet connection sekarang ni (currently) sebab asek kelambatan dan kelewatan je...

Tak berkenan tengok pengantin lelaki (especially) bila berarak n bersanding pakai cermin mata hitam...kot memang pakai spek takpe gak...tatau kenapa, rasa macam menyampah jek (astaghfirullah...). Kalau nampak lagi hensem ok jugak...

Tak faham kenapa aku tulis semua ni hari ni...haha. Bengong sangat nampaknya. Im bored! Actually, dah 4 malam buat Istikharah dengan tujuan nak cari jodoh...bukan nak buat pilihan tapi lebih kepada nak mintak petunjuk Allah siapakah dia yang benar2nya. Benarkah dia yang sekarang ini orangnya? Dan dah 4 hari jugak pepagi aku tengok Nur Kasih...dari Nur Istikharah sampai dia mohon Allah tunjukkan dia...sebab dia masih keliru dengan semua yang jadi, sama je aku rasa dengan apa yang sedang aku lalui.

Cuma yang bezanya, dia sudah 'sah' dan Adam pula masih terus memujuk dia. Aku? Tak tahu berada di bahagian siapa? Sebab tak ada alasan yang konkrit untuk ini kalau dalam masalah aku la. Dah ramai yang aku tanya, kebanyakkannya cakap suh sabar n tenang je. Tawakkal Lillahi Ta'ala... Sebab kita dah usahakan segala yang termampu.

Kalaulah aku kuat, mungkin aku akan terus buat macam Adam...walaupun tak pernah sekali pun Nur balas...tapi akhirnya Nur terkesan jugak bila Adam dah beberapa hari tak hantar emel pada dia. See??? Dulu aku pernah niat macam tu...sms hari2 pada dia tapi aku kuburkan niat tu macam tu je sebab dah kena marah dulu kan... Nak emel, aku takde emel dia. Nak PM kat fb? Entah bila ada kekuatan tu agaknya. Apa yang aku fikirkan hanya akibatnya nanti.

Aku rasa kalau aku terus sms dia mungkin lama2 dia tukar nombor lain. Kalau aku PM kat fb dia, dia baca sekali je (PM yang pertama) lepas2 tu lantaklah...peduli apa dia kan... Ah!!! Bukan aku saja2 nak cite pasal dia je (semakin kerap rasanya ni) tapi ini apa yang aku rasa selalu. Mungkin sekarang aku tak temukan jawapan yang sebenar dan sebenarnya hati aku sudah tenang sekarang cuma tak tahu apa yang bakal berlaku...malah aku makin ingatkan dia sekarang...

Dan aku tak saja2 nak kata macam tu sebab takut aku akan 'lupa' dia tapi memang inilah yang aku rasa.  Masa mula2 solat tu memang terbayang je muka dia...mana2 aku pandang mesti nampak dia. Kali ke2, ke3 dan semalam yang ke4, makin tenang sikit cuma sesekali terlintas tapi aku cepat2 pandang sejadah supaya aku tidak terikut hati untuk membayangkan dia. Hati kena tenang setenangnya... Aku cuba dan masih cuba...dan iAllah bakal buat lagi (seronok pulak rasanya) dalam 3x lagi mungkin.

Dan tak pernah sekalipun bayang2 tu semua (petunjuk) masuk dalam mimpi n aku pun tak harap petunjuk tu masuk dalam mimpi. Sebab, tak semestinya apa yang dimimpikan tu benar2. Mungkin dari gerak hati kita ke kan? Sekarang ni sebelum nak buat lagi 3x, aku tawakkal je pada Allah. Dia yang benar2 tahu apa yang terbaik untuk aku kala ini. Kenapa hati aku tak macam hari tu? Pasrah sepasrahnya masa tu. Tak kisah apa nak jadi, terima dengan redha apa yang bakal berlaku kemudian hari...oh hati!!! Kenapa aku risau sangat ye? Aku memang harap sangat aku benar2 redha walaupun dia bukan jodoh aku. Asal cite je pasal dia, mula la kaki dengan tangan ni sejuk2...huhuhu.

Kawan pernah kata mungkin aku ni asek bayang dia masa solat tu yang asek teringat2. Aku cuba bayangkan sesuatu yang gelap dan kosong walau bayang dia masih ada. Dan kata kawan, dah aku asek cite je pasal dia so mungkin Istikharah tu tak berapa proper masa aku buat..memula je memamng...lama2 ok dah. Kalau buat lagi mungkin semakin ok kot... Soal Hati...? Susahnya nak diceritakan. Kita cite kat orang apa yang kita rasa, tapi bukan orang boleh bagi jalan penyelesaiannya pun sebab benda ni Allah yang tentukan. Diorang boleh dengar je...Thanks! Takkan nak yakinkan aku, ye jawabnya itulah jodoh kau... Gile? Ingat ni Predict Your Future ke ape? Aku cuba belajar, aku cuba redha, aku cuba yakin dengan apa yang aku pilih. Aku tak punya pilihan dan bukan aku tak buka hati ni tapi takde ape pun...takde siapa2 pun. Dan bukan aku tak fikirkan hal2 lain tapi perkara ni dah jadi subjek utama aku setiap hari.

Alhamdulillah setakat ni masih boleh manage walaupun tengah bekerja, tengah study. Aku tahu aku yang lebih2...aku tahu aku yang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Aku tahu aku je yang terlampau melebih2 dalam segala hal...terlampau berfikir dan risau... Tiba2 aku rasa macam dia marahkan aku, bencikan aku, cuba mengelak dari aku hanya kerana bila dia pernah cuba buat sesuatu supaya aku ada respon pada dia tapi aku buat tak tahu sebab aku sendiri kurang faham dengan pandangan seseorang sebenarnya.

Ya Allah! Aku mohon petunjukMu...berikan aku hidayahMu...aku mohon kalau dialah orangnya, Kau dekatkanlah, andai sebaliknya...jauhkan dia dari aku dan hilangkan dia dari ingatan aku. Dan redhakan aku menerima segala ketentuanMu!!!

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...