Skip to main content

Sentap...

Salam...

Ayat tak mengalah...gelabah je lebih aku ni. Hehehe, last 2 days kalau tak salah, bukak FB seroang teman melalui FB adiknya...act, bukan FB dia sangat sebab dia tak pernah approved request aku sejak berbulan2 lamanya...kat FS (friendster dulu pun dah berkurun lamanya baru dia approved). So, sekarang ni kiranya macam tergantung macam tu je...as for me, taklah heran sangat tapi terasa jugaklah. Ahaks! Tak apalah, luahan manusia seperti aku memang macam ni la gayanya...

Yang sentapnya itu satu hal, lagi satu...dia bakal berumah tangga tak lama lagi...ada perasaan yang bercampur2 sebenarnya kat situ saat aku tau hal ini. Gembira tapi terharu+sedih...kenapa? Panjang kisahnya dan dah lama jadi memori pun tapi tetap akan diingati sampai bila2...

Apa yang aku harap cuma, dia berbahagia dengan bakal pasangan hidupnya itu dan biarlah ikatan suci tu tahannya sampai mati nanti...sesiapa je yang aku anggap kawan n dorang pun macam tu so...doa ini jugak untuk korang2 semua..

RIndu zaman kecik2 dulu...main sesama dengan dia and the whole family. Betapa happy go lucky nya family dia kan...seronok gile la. Ok, sampai sini je cite pasal sesentap ni semua... Sebenarnya tak sentap lama2 pun cuma aku hanya teringat dia berzaman lamanya tapi bila dah tau tu yang agak sesentap sikit. Itu je! IAllah takkan lama2an nak sentap ni lagi.

Kita semua dah besar n tahu pilih n fikir mana baik mana tak. So teruskan dengan kehidupan kita je sudah. Lain orang lain bahagiannya. Ada masanya memang aku pun akan down bila orang lain kebanyakkannya berjaya lebih dulu dari aku, hidup dah terurus, tahu arah tuju nak kemana... Tapi bila dah fikir2 balik, ini jalan hidup aku...aku yang tentukan tapi dengan izin Allah je baru ianya pasti. Allah dah tuliskan semuanya secantik2nya...tapi janganlah terlalu pasrah sampai kena menyerah segalanya pada DIA...

Semoga semangat untuk terus menulis akan kembali datang pada aku...idea! Tolong mari le...

futnot: tahniah untuk temanku - Nor Hidayah Binti Mahat (eceh!)...sebab tersenarai dalam list 7 Penulis Blog Cantik...best2!

Comments

Syima Syaz said…
alah...tak mau lah sentap2...
i'll be ur good fren forever k...=)
HidayahYassin said…
hehehe...thanks... bukan ape, perasaan ni suka datang tiba2 je...
Syima Syaz said…
biasalah tu...sama lah aku..

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...