Skip to main content

Stop It Rite Now! Please...!

Salam...

Aku bercakap dengan diri aku supaya menjadi seorang yang TEGAR dan berhenti daripada asyik sibuk bercerita pasal HATI dan peRASAan pada orang. Bila aku cuba masukkan diri aku dalam orang lain, aku RASA orang mulai BOSAN mendengar setiap kata2 dan luahan hati aku. Kalau sekali sekala MUNGKIN orang tak mudah BOSAN tapi kalau dah selalu nak meluah, muak jugak dibuatnya...


Biarlah semuanya aku simpan sendiri. Itu sebablah apa2pun yang jadi sekarang kalau tak ada yang berTANYA, aku pun akan senyap dan diam walaupun HATI ni sangat2 nak cite apa yang aku ALAMI tika satu2 masa tu... Penat sebenarnya tau nak simpan RASA sorang2... Mana mungkin ada yang setia mendengar setiap luahan hati aku 24 jam? Dan bukannya aku tak hargai setiap detik yang orang dah luangkan untuk mendengar kata2 aku...


Tu pasal jugak sekarang ni bila suka orang (especially sekarang) aku cuba balancedkan RASA tu supaya aku tak terlalu memikirkan orang yang aku suka...maksud aku, sampai terasa takde lelaki lain selain dia... Kadang2 aku fikir jugak tapi lepas tu berbalik kepada yang asal. AKu ingat selalu yang situasi sekarang ni ialah aku yang SUKA dia bukan dia SUKA aku... Mungkin dia tahu, mungkin dia tak tahu... Dan jugak aku masih belajar untuk tidak mengharap CUMA sekarang ni je aku tiba2 yakin dia pilihan terbaik aku setakat ni. Aku ni selalu je YAKIN tapi sebenarnya takde apa2 pun jadi...lepas tu bila TAK YAKIN, jadi apa2 pulak... Konfius aku...


Kata kawan, sambil doa kena YAKIN Allah itu mendengar setiap rintihan kita yang meminta2 ini. Satu lagi ada yang memang selalu suruh aku Istikharah. Bukan tak nak buat TAPI belum ada persediaan. Solat pun culas2 lagi. Pernah buat tapi tak sungguh2 kot masa tu so takde dapat apa2 petunjuk pun... Oh ye, ada kawan kata tengoklah rancangan Anjakan Paradigma - Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah... Ada benda yang kita boleh jadikan rujukan. Aku dah tengok kay YouTube takde pulak... Bila nak buat Istikharah ye?


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...