Skip to main content

Kini Kembali...

Salam...

Ok entri2 sebelum ni hanya sebagai permulaan semula kepada menulis di sini. 2 minggu cuti, 2 minggu kurang masa, kurang mood tapi tetap ingat semua especially...? Nak jugak tau... Ok, mulai hari ini iAllah mood menulis kembali. Alhamdulillah, makcik yang aku beritakan pada entri minggu2 lepas itu sudah pulih (dibenar keluar dari ICU)... Pulih dalam keadaan yang agak...hmm...hmm... kaki sebelah kiri dia sejuk takde darah mengalir. Kata mak mungkin dia tak boleh nak berjalan seperti biasa... Ini kalau ikut pandangan mak la. Selebihnya iAllah Sabtu nanti dapat diketahui. Sekarang Mak Bek kat wad biasa masa dia dimasukkan ke HKL awal2 dulu.

Dan sekarang aku kat lab, seorang diri sama macam dulu2... Bosan! Budak2 sekolah cuti, aku pun cuti sekali. Mula2 plan nak bercuti luar KL tapi tak jadi atas sebab2 tertentu dan langsung buat keputusan mandi manda kat Congkak (lama sangat2 tak kesana)... Habis mandi manda petang tu pergi rumah makcik (adik Mak Bek paling bongsu) sebab dikatakan Mak Bek asek taknak makan, murung... Asal ke rumah Mak Usu (adik Mak Bek itulah...) mesti sesat dan perjalanan yang membawa kepada 1/2 jam jadi 1 jam dan 2 jam... Aku memang failed nak ingat jalan2 ni semua padahal pernah duduk KL...keje kat KL...

Lepas2 ni tak tahulah kalau disuruh ke rumah Mak Usu drive sendiri berjaya ke tak ek? Sengal ubi rebus betul aku ni. Menduga kesabaran betul, nak2 co-pilot pun sama je macam driver jugak. Hahahaha... To kak DeqNa a.k.a. kak Nana a.k.a. kakak sepupu yang jugak co-pilot tu, lain kali jangan keliru2 lagi la ye?

Keje aku selain siapkan laman web sekolah ialah mendengar radio via hp... lepas tu tengok2 blog, update blog...ym dengan kawan2 yang ada masa nak ym ngan aku... Dan tiba2 YM ni sengal pulak. Kejap2 suka hati je nak offline. Bukan hari ni je rasanya... Semalam pun ada jugak jadi hal yang sama ni tapi hari ni YM ni macam nak cabar kesabaran je ni... Maklumlah orang takde banyak keje macam aku ni memang macam ni... Ada keje tapi kelembapan internet (yang kalau kura2 dengan arnab bertanding pun, dedua dah sampai ke garisan penamat...hoyeh2x) buat aku rasa nak baling je internet ni (internet ni benda yang boleh dipegang ke? boleh dirasa ke?).

Takpelah, aku perlu terus bersabar dengan mengharap segala2nya akan berjalan dengan lebih lancar... Ok, tutup mata dan lepas 5 minit bukak balik... Ting! Jangan haraplah dik oi... Inikan masalah yang selalu kita semua hadapi pun. Harap2 balik nanti bolehlah aku siapkan serba sedikit isi2 laman web. Pagi2 tadi amek kunci aku kene tahan dengan GPK 1 ngan CC sekolah... Hahaha... Dorang nak tengok cemano ghoman eh website sekolah tu... Siap bangga lagi tengok macam aku yang buat semua padahal dah siap sedia dah semuanya tinggal edit je... Nak tak nak kenalah siapkan semuanya sebaik mungkin. Amanah tu!

Lagi sejam aku balik rumah tersayang... Sekarang baru nak sayang2, cuti 2 minggu selalu tak ada kat rumah. Hihi... Tido rumah boslah, kalau ada pun mesti nak kena ada temankan. Harap badan yo bosar tapi hati kocik (ni kata orang2 kat klinik la...)... Sampai doc pun cakap dia tak risaukan aku tapi risaukan budak kecik kat klinik tu (satu masa dulu ida pernah cari pasal dengan aku...dia lelaki dan memang kecik je orangnya)... Yelah doc (ni perempuan Singh n sebaya aku), siapalah saya ni kan...huhuhu... Dan bila dah mula keje ni, rumah itu jelah yang aku tuju pergi dan balik sekolah. Manalah den ado rumah sendiri kan. Huahuahua (nama dalam bahasa Cina kuiz Fesbuk tu la)...

Selain lepak2 dalam bilik PC yang macam CC tu dengan bau yang boleh buat orang pengsan kalau masuk...aku tido... Sangat best kalau dapat tido dengan nyenyak. Lepas tu bila malam2 dapat tido pukul 1 am lebih je sebab siang dah tido. Bangun pun susah... Rasa malas nak keje la sekarang ni tapi bila fikir2 balik siapa nak bagi aku duit? Ok, duit tu BUKAN tak penting tapi aku tak jadikan ianya sebagai tujuan utama bila keje kat mana2. Sebab sebagai manusia biasa kan, lagi banyak kita dapat duit lagi kita rasa tak cukup. Tu pasal keje apa pun (kadang2 memilih gak keje), gaji berapa pun aku terima... Walaupun abah selalu kata gaji pembantu rumah pun lagi mahal dari gaji ko kak... Erm, yelah abah...!

Pernah aku interview kat TTMC kat KLCC... Dia tengok expectation gaji aku. Terkejut dia sebab aku mintak sikit sangat. Dia tanya, cukup ke? Aku kata berapa pun aku tak kisah cumanya kat situ kena pandai English la. Bukan tak pandai (haha, taknak mengaku jugak tu?) tapi aku tak konfiden. Kat klinik yang inilah baru aku berani2 cakap Inggeris sebab patient ramai dari luar (Myanmar, Vietnam, Thailand, India, Bangladesh...). Broken pun broken la asal sama2 faham. Memang macam itik dengan ayam bila bercakap. Sampai kena tunjuk bahasa isyarat... Kalau tak faham jugak, pandai2lah... Doc pun tiapkali patient masuk bilik nak jumpa sebab sakit mesti tanya dulu, English? Malay? U cakap apa? Melayu? Inggeris? Kalau patient tak faham, kawan2 yang faham akan bantu. Kadang2 tu sampai kitorang2 yang ada termasuk bos sekali tolong translate...itupun kalau faham la...

Itu baru nak cakap2 dengan patient. Bila tengok nama2 dorang, aduhai... Kalau Indon tu senanglah nak sebut tapi ada jugak yang buat lidah ni tergeliat. Tiba part yang segala idgham la, qalqalah semua keluar semua tu...tu maknanya susahlah nak sebutnya. Masa nak panggil patient last Monday (8 Jun), aku lupa nama patient sebab ramai sangat patient masa tu (kad ada kat tangan doc masa tu)... Doc pun lambat nak sebut, aku amek nama depan je...doc kata, terror kamu ye? Saya pun terbelit2 lidah nak sebut... Senang je nak sebut sebenarnya. Takkan ada 3 patah semua kau nak sebut kan? Yang mudah je sebut tapi yang penting TERANG dan KUAT. Sampai berkali2 kadang2 tu nak menyebut dan panggil sebab diorang kadang2 tak dengar. Berlagaklah pulak tulisan aku ni... ;) ...

Paling best bila dapat jumpa patient yang bukan saja bersabar menunggu tapi yang faham keje2 kita. Kita dah minta maaf, diorang ok je. Tapi bila dapat yang tau nak memaki orang je sampai kitorang tergamam sekejap tahan geram lepas tu bila tak dapat jumpa doc selalu bagi ayat2 keramat ni, "Kalau sempat mati, dah mati pun..."... Eh! Hello? Kalau dah rasa nak mati, sepatutnya kenalah terus pegi hospital bukan singgah2 klinik kan? Diorang suka salah faham tau. Kita yang keje ni telan dan diam sajalah... Tapi kalau tak sabar memang kena jugak patient2 yang macam tu. Dulu tempat lama pun pernah kene marah ngan patient. Doc la kena dulu lepas tu diikuti staf2 klinik... Semata2 tak dapat kelulusan doc dalam ujian kesihatan untuk membenarkan dia keluarkan duit KWSP dia...

Itu saja, penerangan aku setelah kembali ke sekolah ye kawan2... Tq datang sini dan kerama kamu2 semualah yang telah memeriahkan lagi blog aku yang paling sempoi aku pernah buat... Hahaha... Ada apa2, tanya je ye?


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da