Skip to main content

Selamat Hari BAPA!

Salam...

Khas untuk Abah yang tersayang (siapa tak sayang kan?)... Selamat Hari Bapa ye? Dulu2 Abah berjaya masuk blog lama kat WP lepas tu siap call malam2 buta tanya "ko ada buat blog eh kak?", lepas tu siap cilok gambar2 dalam tu... Kata orang2 sekarang perbuatan seperti itu adalah sangat2 COMEL... Hahaha...

Apa2 pun untuk Abah, terima kasih yang sangat2 dari kita dengan adik2 dan jugak Mak pada Abah... Selama ni banyak berkorban (tisu2...cepat!) kat kami semua. Teringat kecik2 dulu Abah g overseas keje lama sangat2 sampai Abah balik pun kita keliru nak panggil apa...? Hahaha... Itu cite 20 tahun dulu (ke 23 tahun? sudah tua la...).

Dan kita tahu kita memang sangat2 degil, nakal (dengan cara kita)...semuanyalah... Kalau bercakap dengan Abah mesti nak menjawab je... Abah cakap sepatah, kita jawab berpatah2... Kecik2 Abah agak garang. Kalau keluar g jalan2 ke, g rumah sape2 ke lepas tu ada buat sesuatu yang Abah tak suka...siaplah dapat habuan kat rumah balik tu... Balik2 je kita dengan adik2 beratur...macam kat sekolah pulak... Hehehe...

Itu semua peristiwa kita dengan Abah dan semua... Sekarang kita harap Abah sihat sentiasa dan bahagia dengan apa yang Abah buat dan ada sekarang ni. Moga2 Abah seronok dengan apa yang bakal Abah buat tahun depan lepas pencen (kata Abah la...). Ok, Terima Kasih Abah!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...