Skip to main content

Ketika Cinta Bertasbih...

Salam...

Entri ini ada kaitan dengan entri budak sorang ni... Solehah! Lepas 2-3 hari baca blog dia aku terus download OST filem ni. Lagu dia sangat2 best... Cuma filemnya saja aku tak pernah tengok (lagipun kat Indon baru ditayangkan...). Kata Solehah filem yang ini lebih bagus dari AAC. Bila dah tiba Malaysia iAllah dapatlah tengok. Tak pun kalau susah2 YouTube kan ada? Kat bawah ni aku sertakan sekali klip video OST Ketika Cinta Bertasbih.



Sejak akhir2 ni badan sakit2 pulak. Nak berurut sangat2 tapi...nanti jadi manja pulak. Asal sakit nak urut, asal lenguh, urut tapi dulu2 ada urut2 badan jugak dan setakat ni takde pulak ketagihan tu. Haha...Maksudnya sekarang ni, janganlah ikut rasa sangat sampai tiapkali sakit mesti nak berurut...bila perlu je pergi, ok? Ini pun terpulang kat semua orang... Bila dah terdesak dan rasa sangat2 perlu, pergilah... Buang angin2 dalam badan...

Hari ni baru Rabu eh? Tiba2 rasa esok Jumaat pulak. Sabtu rancangnya nak ke Tanjong Karang tapi tak ketahuan lagi perancangannya macam mana. Puan Prebet tak dapat turun sini sebab kena ganti orang pulak. Puan kat PJ tu dah berkali2 aku sms, call asek tak dapat je. Macam mana sekarang? Dah roger2 Puan kat SALAM tapi belum tahu jugak lagi sebab ada hal. Hua... Sedeynya? Aida Puan To Be tu dah sebulan dah beritahu pasal majlis dia ni. IAllah aku datang...

Sebenarnya sejak pertama kali dapat undangan majlis kawan2 yang kahwin ni, adalah dalam 4-5 undangan je aku dapat attend sebab? Antaranya ialah takde teman, tak tahu lokasi majlis berlangsung, malu nak pergi dan macam2 lagi. Teruk ke aku ni? Kalau dulu2 aku selalu harap bila aku dah keje bolehlah aku pergi semua majlis kawan2 tapi tetap tak dapat jugak TAPI bila ianya berkait rapat dengan kawan2 yang memang baik dengan aku iAllah seboleh2nya aku nak pergi. Kecualilah kalau memang ada halangan yang memang tak dapat nak dielakkan... Kini aku pasrah...

Harap2 aku tiada masalah nak ke sana nanti memandangkan ini adalah kali pertama iAllah aku akan jejakkan kaki ke rumah Aida (selama berkawan, jenuh dia mengajak tapi aku tak pernah pergi rumah dia...sorry Aida?). Siap 'ugut' lagi kalau nak Kek Batik kena datang rumah dia dulu. Dia memang suka buat kuih kegemaran aku tu. Haha... Masa sebelum nak balik kolej kat Pulau Indah (sangat) tu aku pernah mintak dia buatkan kek tu. Sampai2 kolej masing2 menghadap kuih dia buat. Memang sedap la...tak manis sangat, tak tawar langsung...

Aku pernah rasa kawan kat tempat belajar lain buatkan tapi agak kuranglah rasanya... Mungkin sebab terkena cahaya matahari atau terbiar kat tempat panas tu pasal cair sikit. Aku siap mintak Aida bagi resipi tapi sampai la ni cek tak buat2 lagi. Pernah ikut resipi tapi tak perasan bahan tak cukup alih2 tak jadi... Hampeh betul aku ni...

Oklah, badan sakit2, kepala sakit, hati tak tenteram (ingat Allah PASTI tenang...)... I felt in love with the DJ...eh silap... Siapa2 jelah ye?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

from christchurch with love said…
wahhhh sedapnyee kek batek..nak jugak :D
from christchurch with love: nak? jomlah datang sini...huhuhuhu...
susudalambotol said…
tak dpt tgk youtube tu :(

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...