Skip to main content

Dilarang menggunakan internet sewaktu bekerja - Penjawat2 Awam...

Salam...

Hari tu blogger kena daftar secara rasmi sekarang tak boleh nak guna internet la pulak terutama sekali YM dan seangkatan dengannya la... Sebenarnya bukan hanya pada penjawat2 awam semata2... Swasta pun sama jugak. Aku dulu masa keje, jangan harap boleh selalu nak guna YM terutamanya kecuali bila perlu... Maksudnya ialah bila bos suruh terima fail memalui YM (waktu tu dia kat rumah lagi)... Pernah diberi amaran sebab terlalu asyik guna internet. Lama2 terus kena block... Ingat aku heran sangat...

Ada atau tak ada internet sama je melainkan KALAU orang tak pandai nak gunakan dengan baik. Ada jugak sebab kenapa tak dibenarkan tapi kalau ikutkan sepatutnya PERLU sambil diawasi sentiasa... Kata nak MAJU? Takkan pasal internet pun nak heboh? Dulu2 kenapa tak ada arahan2 yang begini? Ada je yang tak boleh nak buat... Pelik betullah...

Aku rasa kalau perlu guna waktu keje, takpelah tapi kalau guna untuk benda2 yang tak sepatutnya, itu perlulah dipantau. Ikut peredaran masa lah kan? Dan bila internet kene block, balik rumah lepas geram la...apa lagi kan? Aku rasa bukan baru2 ni je benda2 ni berlaku tapi sejak dulu lagi pun... Nasib baik dok lab sorang2...hehehe. Takde sape nak ganggu...

Pagi2 tadi on the way hantar mak g kolej, ada lori askar kat depan Unser... Ni perkara biasa yang berlaku...sama ada lori tu bawak askar atau budak2 (anak2 askar) g sekolah. Tapi bezanya kalau ada budak2 sekolah, lori tu dipanggil Feri Sekolah. Feri atas darat...! Mak kata kalau zaman 50-am, 60-an dulu asal ada je lori askar lalu mesti diorang akan campak/layangkan kertas2... Aku tanya kertas apa? Alamat2 askar2 ni... Lepas tu ramailah anak2 dara yang mengutipnya. Yelah dulu kan takde hp2 ni semua... Kira dah canggih sangat la tu...

Sekarang ni, guna je kemudahan yang telah disediakan... Aku tak percaya CINTA...hey, hey, hey... jom nyanyi lagu baru Liyana Jasmay... melalui alam maya tapi ada yang berjaya dengan cara begitu. Ini kan jodoh? Sungai Nil dan Mesir juga jodoh - kata Maria dalam AAC The Movie. Aku pernah cuba tapi tak berjaya... :'( ... Belum ketemu jodoh lagi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Putri Ramlan said…
fuyyo. hebat tul org dulu kan.. main campak2 je no tepon.. :P
Putri Ramlan: tu lah paling advance yang dorang terfikir nak buat...rasanya ianya berbaloi kan?
susudalambotol said…
jgn buat gila nak daftar blog eh.
susudalambotol: tu la...dunia blog adalah hebat pada masa ini...hahaha...!

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...