Skip to main content

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Marah? Muda vs Tua...

Salam...

Intro takmo kalah wooo... Ok, straight to the point saja la... Ini biasa berlaku kat mana2 pun. Dan ini adalah khusus untuk kita2 yang bekerja di mana dikelilingi dengan veteran2... Anda faham maksud saya? Contoh paling mudah ialah bekerja di dalam pejabat dan di dalamnya ada ramai seniro2 yang boleh dipanggil makcik2, pakcik2...or maybe nenek2 dan atuk2... Tapi kata mak, kat ofis biasanya perlu dipanggil dengan pangkat2 yang takmo kalah jugak... Untuk menghormati sebenarnya. Kalau kat rumah dia adalah pakcik saudara kita, makcik saudara kita atau seangkatan dengannya, di pejabat mereka2 itu perlu dipanggil Puan (lebih baik) atau nak nampak mesra sikit - Kakak... atau kak (diikuti dengan nama yang biasa dipanggil).

Dulu masa mak kat HQ, ada budak2 sebaya aku dan lebih tua pun setakat 2-3 tahun je la...panggil mak aku kakak. Hahaha... Itu pasal mak kata panggil Puan lebih baik dan selamat. Taklah nampak kekok tapi mana2 aku pergi pun biasa dipanggil kakak walau umur yang memanggil tu dah seperti anak2 yang dipanggil tu. Ok, ini dah lebih daripada mukaddimah dah ni...

Ini apa yang aku alami masa awal2 cuti sekolah kira2 2 minggu lepas. Aku kat klinik masa tu, biasalah membantu orang dalam kesusahan, haha! Tiba2 masa keje dapat call dari sekolah. Terkejut jugak dan dalam hati dah fikir apalah salah aku kali ni? Biasalah tu kan, orang jarang call tiba2 call mesti kita akan fikir apa salah kita. Rupa2nya pasal kunci makmal ICT yang aku bawak balik Jumaat minggu sebelumnya tu. Reason yang menyebabkan aku terpaksa bawa balik kunci tu ialah aku balik pukul 2pm setiap hari kecuali Sabtu Ahad (cuti). Bila Jumaat pun sama je waktu balik dan setiap Jumaat jugak aku akan hadapi masalah yang sama - pejabat tutup sebab rehat... Jumaat kat mana2 pun rehat lama kan? Tapi aku keje kat Cheras dulu rehat sama je setiap hari tak kiralah Jumaat ke tak sebab alasan diorang yang pergi Solat Jumaat tu lelaki je...apadaaaaaaa...

2-3 kali jugak diorang call macam mana nak selesaikan masalah yang sedang berlaku masa tu. Nak tak nak aku kena jugak pulangkan kunci tu kat diorang sebab ada orang nak melawat makmal. Masa tu cikgu yang bertugas yang call dan masa dia dok bincang2 dengan orang2 kat pejabat, aku terdengar perbualan diorang.

Sepatah2 aku ingat... Inilah aku, ko cakaplah apapun aku tak kisah, tak amek hati TAPI tetap ingat sampai bila2 walau kadang2 orang dah lupa pun... Awas!!! Aku dengar salah seorang daripada diorang tanya kenapa aku bawak balik kunci tu dengan keadaan yang macam nak marah (sepatutnya aku rasa cikgu tu yang patut marah sebab dia yang nak kunci tu...).

Diorang cakap jugak kenapa tak tinggalkan kat guard kalau ofis tutup. Ok, ini reason ke2 aku pulak... Jumaat kan lelaki2 semua solat Jumaat? Dalam pukul 2pm tu lah orang tengah sibuk2 nak keluar masjid nak balik rumah, makan atau balik tempat2 kerja. Kalaulah aku tinggalkan jugak pada guard, agak2 kalau hilang siapalah nak dipersalahkan?

Pernah aku tinggalkan kat meja pendaftaran kat ofis tu dan sampai Isnin pagi2 tu aku nak amek kat tempat biasa yang aku sangkut TAPI (masa letak kunci tu aku harap2 ada yang perasan dan TOLONG sangkutkan), kunci tu tetap kat atas meja yang aku letak Jumaat tu. So, apa guna aku biarkan je kunci tu dan bila hilang ke, apa ke, aku dipersalahkan lebih baik aku bawak balik je, senang kan? Diorang tak tahu pun semua tu.

So, penyelesaiannya ialah biarlah diorang nak kata apapun. Sebab kalau kita cuba nak tegakkan kebenaran yang memang benar pun tak guna sebab diorang selalu rasa diorang betul dan kita salah. Kalau menjawab pun nak buat apa kan? Nasib baik aku tak ada (kalau ada pun kenapa? Hehe)... Nasib baik jugak mak memang nak ke bandar dan aku mintak mak tolong hantarkan kunci tu kat sekolah...mak pun bukan suka nak keluar rumah semata2 nak tolong aku hantarkan apa2 barang nak2 kunci yang setakat 2 gugus tu (betul ke penjodoh bilangan aku ni?)

Kalau ikutkan aku ni tersangatlah jarang join orang2 ofis apatahlagi makan kat tempat cikgu2 makan tu... Aku duduk kat blok yang cuma aku seorang je kat sini. Malas nak campur tak bermakna aku ni tak suka bersosial... Cuma aku lebih selesa macam ni. Kat ofis bila diperlukan khidmat aku barulah aku panjat tangga dan ke ofis. Kalau makan pulak, aku pilih, bayar dan blah... Diorang tanya jugak kenapa tak makan kat situ je, aku risau jugak kalau2 aku makan lama2, nanti tiba2 ada kelas dan aku tak ada susah pulak... Macamlah aku ni penting sangat pun kan? Dari mencari pasal tak pasal2 lebih baik jangan buat hal... Makcik aku mengajar kat Beranang ada jugak cakap yang Juruteknik sekolah selalu hilang bila cikgu2 nak gunakan makmal ICT. Macam mana tu?

Ada kawan cakap kat tempat dia keje pun alami situasi yang lebih kurang aku jugak cuma dia lagi pulak sentiasa duduk dalam ofis. Macam2 kerenah dia kena hadapi setiap hari. Itu baru orang2 dalam ofis... Mentaliti manusia dan pemikiran setiap orang akan berubah ikut usia rupa2nya kan? Cuma bila terlalu mengikut perasaan yang buat orang2 keliling takut nak dekat.

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Putri Ramlan said…
awak.. jgn marah ye.. sy tak larat nak baca entri awak smpi habis..

sy agreed ckp mak awak tu. pggl Puan kan lebih afdal. :)
Putri Ramlan: tak marah la...kita pun terasa panjang melampau pulak entri kali ni...
susudalambotol said…
saya kat ofis yg lebih tua panggil kakak. tp kalau berpangkat, panggil puan. hehe.
susudalambotol: kita pun...agak2 veteran tu, panggillah puan...agak2 muda tapi tua daripada kita, panggil la kakak...CC pun kadang2 kita panggil puan, kakak atau CC...

Popular posts from this blog

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da