Skip to main content

Kemanakah Aku?

Salam...

Sebelum apa2, marilah beramai2 sedekahkan ayatul kursi + al-Fatihah untuk makcik kami sekeluarga - Zaleha Bt. Md. Amin a.k.a. nama panggilan - Mak Bek... Sekarang ni masih di ICU selepas lebih 5 hari... Punca dia mula2 dimasukkan ke HKL sebab demam juga paru2 dijangkiti kuman dan lepas 2 hari kat wad biasa, kami semua dikejutkan dengan perkhabaran yang nafas dia, jantung dia semakin lemah. Aku dah balik Seremban sebab keje petang (patutnya pagi tapi tiba2 ada emergency). Selasa lepas habis keje aku dengan mak gegas ke KL semula. Sepanjang jalan doa terus harap2 dapat jumpa untuk kali terakhir + kakak sepupu dah teresak2 menangis sebab doc kata bila2 masa jantung dia akan berhenti.

Sampai HKL jumpa dengan sepupu2 dan keluarga sebab Mak Bek dibawa untuk scan bahagian otak. Doc nak tengok2 mana tahu ada darah beku sebab masa nak admit kat ward, dia terjatuh dari stretcher (kelemahan siapa pun aku tak tahu sebab sepupu2 yang bawak kata amah dan 1 org misi je yang ada masa tu). Doc kata dari pemeriksaan yang telah dijalankan, tak ada darah beku langsung. Aku selalu failed bab2 nak sedey ni. Sebab airmata aku susah nak keluar dan tak bermaksud MESTI atau KENA menangis.
Aku ingat lagi masa darjah 6, cikgu BM kitorang meninggal seminggu selepas dia bersalinkan anak perempuan dia. Sakit jantung. Semua orang menangis (mana kelas yang dia ajar) kecuali aku dengan seorang budak lelaki. Nabi kita pun kata tak elok menangisi pemergian seseorang...
Act, kalau dah perempuan kan...aku menangis jugak tapi airmata tak jatuh pun. Sayu lah tengaok makcik macam tu. Malam tu doc masukkan ke ICU. Aku sebenarnya tak sampai hati nak balik Seremban sebab selagi dia tak keluar dari ICU, tak tenang hati kitorang. Dan sebenarnya sejak hari pertama doc kata bila2 masa je jantung dia boleh berhenti, kitorang sekeluarga memang dah REDHA dan PASRAH. Maksudnya bukan tak SAYANG dia lagi tapi kalau ALLAH nak ambil dia...biarlah dia pergi dengan tenang. Mungkin STROKE atau dia TAK ADA lagi, itu kata doc.

Semalam sempat jumpa doc personally (beramai2 serbu doc...huhuhu), dia pun takut nak bagi % apa kat kitorang sebab kata doc kalau darah dah cuci tapi kat bahagian otak masih tak berjalan seperti biasa, diorang akan fikirkan perkara lain yang perlu dilakukan. Khamis lepas (lupa dah...), kitorang hampir2 je nak bawak Mak Bek balik sebab ikut kata makcik (lepas doc gtau sendiri) dan abang sepupu Mak Bek dah tak ada harapan lagi. Inilah padahnya bila salah faham berlaku. Doc pulak, time2 melawatlah diorang takde... Nasib semalam dapat jumpa. Dan dah jelas segala2nya... Doakan ye semua?

Selain ulang alik ke HKL hari2, aku tak kemana2 pun. Nasib baik sekolah bagi kelonggaran untuk bercuti sama2 dengan budak2 sekolah (kena datang sekolah 2 hari untuk kemas2 sekolah) dan klinik pun tak bz sangat...dan ada yang boleh tolong selain aku. Sok aku akan pulang sendiri ke Seremban. Lama tak keje dan selain ke HKL aku jadi bosan pulak. Sampaikan tak tahu nak buat apa dah. Bosan yang amat. Ini pun update sebab ada yang tanya kenapa lama tak update. Adalah jugak hati nak updatenya... Esok jumpa dia, iAllah... (ya ampun, anak siapakah yang sedang menggatal ni?)... Bukan selalu pun nak selit2 dia itu dalam blog aku ni kan?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...