Skip to main content

Tak Boleh Harap...

Salam...

Pagi (?) yang sama macam hari2 lain beza cuma hujan atau panas... Ini cite semalam yang buat aku terfikir banyak2 kali. Bukan nak bukak pekung di dada (mana ada pekung...takde2... :P). Mula2 masuk keje kat sini, aku rasa nak menangis sebab duduk 1 blok 2 tingkat hanya aku seorang2. Bermulalah era baru aku kat tempat baru (ok, lenggang lenggok ala2 pengacara yang perasan bagus...).

Minggu mula2 ok lagi... Yelah budak baru masuk (budak mana pulak ni?), muka innocent je....hak tuih! Sendiri puji sendiri muntah... ;) ... Lama2 bila dah diberi peluang seenak2nya, aku gunakanlah kemudahan2 yang ada... Sampailah ke saat ini, detik ini, aku guna seboleh dan sebaik mungkin (kata baik kan?), kemudahan yang disediakan - internet. Mula2 takut nak guna sebab teringat2 time keje kat Cheras dulu...

Diorang (cikgu2 ye adik2ku semua...) takdelah pulak tegur aku sebab guna internet ke hape (diorang pun sama gak guna kat sini...) cuma aku pulak rasa tak sedap hati bila tiapkali one of the teacher (wah, english D pun tau main tembak2 tulis ni...) suruh aku buat itu, buat ini (bukan buat air ye, sebab aku keje kat lab ICT...), aku buat hanya 1/2 je dari arahan. Kenapa? Kerana (baku pulak...) kat tingkat 2 tu aku agak seram nak naik sorang2... (kantoi! aku penakut...)

Mula2 keje tak terasa sangat tapi cam terbayang2 je la... Setakat ni takde apa lagi yang pernah buat aku rasa takut ke hape cuma bila dah selalu sangat orang2 kat pejabat tanya - ko dok sorang2 tak takut ke dik? ko duduk tingkat atas ke tingkat bawah? lepas tu makcik2 cleaner siap tanya lagi, ada nampak kelibat tak? Parahlah camni... Aku bukan nak ikut sangat cakap2 diorang tapi lama2 kan terasa jugak takutnya?

Pernahlah sorang cikgu yang memang tugasnya jaga bahagian atas tu siap suruh aku temankan. Dia tak terus-terang kata suruh temankan tapi aku tahu memang dia mintak aku temankan dia. Kelakarlah pulak... Aku pun sama2 jadi jugak penakut (alasan nak salahkan orang lain...padahal diri sendiri yang takut?)... Jadi sampai sekarang ni, kalau nak buat apa2 keje yang cikgu tu bagi (dia jaga bahagian bawah), aku buat apa yang aku mampu buat je.

Part2 yang bersangkut paut dengan tingkat atas aku buat bila cleaner2 datang untuk bersihkan dua2 tingkat. Adalah 2-3 keje yang tak memerlukan aku naik atas (90% perlu untuk aku naik), aku buat sambil lewa jek. Aku tahu cikgu tu memang selalu hampa dengan aku. Datang dahlah lewat, balik nak on time je... Bila tanya, dah siap ke buat ini? Dah bawak turun kabel dekat atas? Jawapan aku kebanyakkannya belum...tak... Aku pun bengang wooo... Harap maaflah pada cikgu yang selalu suruh saya buat itu ini...bukan takmo buat tapi... (asek nak bagi alasan je tak habis2)...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Comments

Putri Ramlan said…
abaikan je apa yg jadi tu. i mean, jgn layankan sgt bunyi2 tu :)
Putri Ramlan: tulah memang takmo pedulik tapi kadang2 cam terasa seram jugak la... ;)

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...