Skip to main content

Selamat Untuk KAMU!

Salam...

Semalam sepatutnya ke PESTA BUKU 2009... Tapi, sebab fikir gaji belum masuk, aku katakan pada kawan yang mengajak yang aku tak dapat nak join... Kebetulan yang ditakdirkan pulak, Puan Prebet (apakah nama lain yang sesuai untuk askar ek?) sms minta datang ke majlis dia... Wah, Puan Prebet mahu bertunang la... Macam mana pulak aku ada kawan askar? Mana jumpa? Kat mana kenal? Kat kolej dulu la... Lepas habis kolej, dia teruskan dengan kursus menjadi askar...

Bila dah sibuk dan terikat dengan askar lagi jaranglah kitorang jumpa ditambah pulak dengan alasan berbakul2 aku... Orang kata, BUKAN saya kata... Yelah, bila orang free, aku tak...macam mana? Nasib semua faham tapi selalunya akan terselit dengan sindiran2 yang biasa... Sebab dah faham, so tak ambil hati pun.. Tahniah PUAN PREBET sekali lagi... Tak sempat tengok TUANnya pulak...?

Pagi ini aku call kawan paling kecik dalam kumpulan kitorang... (waiceh! siap ada kumpulan pulak ni...?)... Takde spesifikasi pun atau nama kumpulan tapi kitorang ber4 je yang selalu ada sama-sama walaupun diorang (kecuali aku, hahaha) sibuk dengan hal masing2 bila ada masa lapang. Sebelum nak call, macam2 yang aku fikir sebab TERLALU LAMA tak berhubung dengan dia... Ok, SALAH FAHAM berlaku di situ. Alhamdulillah, tak ada apa yang perlu difikirkan lagi selepas ini (maksud aku SALAH FAHAM yang aku fikir tadi le...). Jemputan juga sudah diberi dengan INGATAN - jangan nak bagi alasan2 lagi...

IAllah aku pergi n rasanya (harap2) takde alasan lagi... Dalam kita ber4, aku je belum terikat dengan sesiapa... Hahaha, promosi ke? Tidak...belum ketemu sesiapa lagi, macam mana mahu dikhabarkan? Kebanyakkan yang kata jangan memilih, aku jawab semula - takkan aku nak TADAH muka kot? Diorang pun mengiyakan kata2 aku... Faham pun kamu... Terima Kasih! Ok, aku tipu kalau aku kata tak rasa apa2 bila tengok kawan2 dah melangkah ke ALAM baru (alam apa lagi ni???)... Mula2 je aku terasa, lama2 aku ok!

Sekarang cuma perlu sama2 doakan kebahagiaan bersama saja... Terima Kasih Tuhan, temukan kami semua hingga punya PELUANG untuk menjadi SAHABAT! Semoga sampai SYURGA... jodoh kami semua... Dan masih KEEP IN TOUCH sampai bila2 pun...

futnot: gambar Puan Prebet bakal dimasukkan di sini...iAllah!

UPDATE!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Me~ said…
aku dah letak gambar ka tblog aku

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...