Skip to main content

Panik!

Salam...

Takde apa nak dirisaukan... Sebab aku cuma mahu cerita pasal salah 1 hal yang aku banggakan dengan semua doktor... Aku suka tengok doktor2 bila merawat pesakit yang bila kita tengok, kita yang panik... Contoh paling mudah - patient yang pengsan! Aku tengok doktor relaks gile punya relaks la...

1st time masa aku kat in-house clinic kat kilang... Masa tu dengan doktor perempuan. Doktor tu tampar2 pipi patient sampai patient sedar. Kasi cubit2 sikit, tampar2 sikit... Aku pulak bukan jenis panik tapi bila dah jadi hal2 yang mengejutkan buat aku jadi sejuk kaki dengan tangan. Aku tak fikir lain dah...sama ada pengsan semata2 atau akan histeria. Faham2 jelah keje kilang kan, penat berdiri+dengan waktu dah malam...

Macam tadi, lepas Maghrib ada patient didukung masuk ke klinik. Kawan patient tu kata rambut patient tu tersangkut kat mesin lepas tak boleh nak keluarkan rambut dia dari mesin, rambut dia dipotong. Boleh pulak kawan patient tu kata mungkin patient tu kat kampung dia ada pantang larang tak boleh potong rambut. Aku blur kejap dengan kenyataan kawan si patient tu la... Awat rambut kene potong siap ada pantang larang pulak?

Lama jugak doktor kejutkan patient tu. Tampar2 sikit (tampar2 manja), goncang2 bahu sikit... Dan yang pastinya ayat2 keramat doktor "Sudah tu...dah2... Takde apalah... Awak/Kamu terkejut saja ni" ... See? Tak gelabah kan bunyinya? Mula2 jadi doktor dulu mungkin ada gelabah sikit tapi bila dah officially jadi doktor tak bolehlah panik2 kan? Tapi dalam ayat2 keramat tu takde pulak dia kata "Bangunlah" ... Kenapa ek? Lepas patient tu bangun tapi macam masih takmo bangun, doktor lapkan muka guna kain... Kain dah le buruk, busuk pulak tu... Nasib le patient tu... Lepas tu dipicit2 belakang kepala yang rambut masuk mesin tu la... Dan sebab sakit, patient tu sedar diri jugak. Dr. picit bukannya perlahan2, sebab nak bangunkan patient kan...kenalah kasi kuat sikit picit... Actually bukan ayat2 keramat pun tapi aku je yang menambah... ;)

Patient ni terkejut je sebenarnya. Maunya tak, rambut tersangkut kat mesin mesti sakit gile kan? Korang pernah dengar cite pasal 1 pelancong dari China yang naik Solero Shot kat Genting mati putus kepala? Sebab rambut dia mengerbang pastu tersangkut kat atas, bila permainantu turun balik tinggal badan je... Bukan sebab main game tu boleh mati tapi sebab dah nak jadi pun...

Rambut tertarik masuk mesin ... huiiii, gile sakitlah. Mau menangis dengar. Doktor siap kata lagi, ada orang mungkin tak selamat lagi kalau benda yang sama jadi. Kira patient ni nasib baiklah. Boleh membawa kepada kematian tau... Keje kilang itulah risikonya... Dan patient tu pulak 1 hal, dah tau rambut tu panjang, simpullah kasi tak gerbang2... Ayoooo! Bos dia siap suh pakai tudung je lagi senang... Plus their boss is Chinese... Harap2 ini jadi pengajaran..

futnot: seram sejuk kaki tangan tengok orang pengsan tak sedar2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...