Skip to main content

Berita Gembira...

Salam...

Aku cite kat sorang doktor yang aku ternampak tupai masa kat lab... Dia katalah...kata orang kalo jumpa tupai akan dapat berita baik... Moga2 dapatlah... Kepercayaan je kot? Mula2 dengar cam eh? Best la pulak tapi aku bukan mudah nak percaya dan pegang satu2 benda yang dikata orang.

Lama tak update dari rumah. Hari ni klinik tutup awal sejam. Dan sudah dikhabarkan yang aku takkan masuk keje bila staf lelaki syif petang. 1st impression aku rasa...ala! Aku nak keje petang minggu depan TAPI dah kata tak boleh nak buat cane? Dan automatiknya aku katakan yang aku memang takde jodoh untuk ketemu si dia tu... Bukan takde jodoh untuk ketemu tapi takde jodoh langsung kot?
Ye betul, aku tak boleh nak pastikan apa yang aku nak, aku mesti dapat... Aku rancang TUHAN tentukan. Dan aku perlu terima dengan redha! Tapi kalau ada kesempatan mungkin aku akan jumpa dia jugak 2 minggu lagi... Hahaha.... Ayat tak boleh blah! Tak tahulah kenapa aku kejap2 rasa excited kejap kang aku jadi biasa2 je semula. Ini kisah pasal Jatuh Hati Pandang Pertama aku pada dia. Aku sedang cuba untuk pujuk hati dan percaya yang Allah dah beri yang lebih baik untuk aku... Bila dan siapa tak aku tahu.
Aku sangat2 berterima kasih pada kawan2 yang sentiasa sudi nak dengar rasa keterujaan aku pada dia, bagi pendapat yang best2, suruh aku jangan terlampau teruja... Kamu Tahu Siapa Kamu... Harap2 doa kita semua dikabulkan Tuhan... Aku tak mahu mengharap lagi seperti dulu (sikit2 je hehehe), nanti aku akan kecewa lebih teruk lagi. Aku tak mahu cepat perasan dan apa yang aku buat orang lain nampak dari reaksi muka aku, perangai aku dan perbuatan aku. Ada orang cepat perasan perubahan aku tapi maish ada yang tak berjaya langsung kesan perubahan tu...

Tu pasal aku tak berani nak cite apa2 yang berkaitan dengan dia kat kawan2 klinik. Bahaya wo! Setiap orang lain2 penerimaan... Tadi ada kawan cadangkan berkawan (?) dengan sorang doktor (nama dirahsiakan) TAPI bukan dia orangnya... Takde ke yang lain? Aku bukan nak kondem orang atau pandang rendah ye... Cuma aku ada pilihan aku sendiri dan bila dengar kawan tu kata camtu macam dia dah berpunya. Harap2 aku tahu cepat kalau dia sudah punya seseorang. Takmolah kacau hak orang, tak baik tau!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Comments

Putri Ramlan said…
teruja tak salah tp biar sedang-sedang je :)
Putri Ramlan: harap2 sy tak terlampau teruja kan? tq...

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...