Skip to main content

Nak Percaya Ke Tak?

Salam...

Mudah atau tak untuk kamu percayakan seseorang? Aku pernah percayakan beberapa orang dan tak bermaksud dengan PERNAH tu membawa kepada aku tak percayakan beberapa orang tu lagi tapi sebab kekangan masa yang teramat sangatlah membataskan kami bertemu dan bercerita itu dan ini termasuklah sesuatu yang boleh aku kongsikan secara peribadi.

Nak kata mudah sangat aku percayakan orang tak jugak sebab selalunya kata orang 1st impression tu penting tapi ada jugak kata Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya. Itulah yang aku cuba buat sekarang ni. Pengalaman... semua orang punya pengalaman masing2 jadi mesti tahu macam mana nak atasi sesuatu yang pernah berlaku pada kita dulu kala...

Sekarang ni aku bukan tak nak percaya orang lagi tapi cuba untuk berhati2 sebelum percaya. Kalau dulu aku percaya pada orang2 yang Cakap Lepas sebab aku yakin diorang takkan Cakap Belakang... Itu dulu, sekarang ni lain pulak. Sebab tak semua yang Cakap Lepas ni semuanya takkan Cakap Belakang...

Aku biasa bercakap berdasarkan pengalaman sebenarnya. Bukan pengalaman aku pun, pengalaman orang pun aku jadikan panduan jugak. Aku tulis macam ni sebab semalam masa part time, ada orang ingatkan aku, nasihatkan aku Jangan Terlalu Cepat Percayakan Orang. Sebab bila Terlalu Cepat Percaya, kita pulak galak bercerita tanpa ada rasa Something Wrong Some Where... Sampai satu ketika kita yang akan kena balik...

Contohnya? Bila kita cite sekadar nak berkongsi je sebenarnya tapi orang yang mendengar pulak salah tafsir akan jadi hal lain... Itulah yang aku cuba elakkan
sebenarnya sejak aku keje dulu. Tapi, percaya atau tidak mana2 tempat pun waima di tempat2 yang bukan tempat bekerja pun kita pasti akan hadapi perkara2 yang semacam ni punya... Sebab manusia ni tak sempurna pun. Aku selalu ingat satu benda, Tak Semua Orang Punya Penerimaan Yang Sama...

Aku pernah jugak dah cerita itu ini tapi lepas tu tiba2 je rasa menyesal sebab terlampu mudah cite yang tak perlu pada orang. Ada orang suka dengar sebab kalo yang iri hati pulak akan amek n ingat point2 yang kita sampaikan padahal takde apapun sebenarnya. Ada pulak yang dengar tak dengar je mungkin sebab tak nak amek port sangat tapi dalam diam2 siapa tahu kan? Tu yang ada orang ingatkan jugak Diam Tak Semestinya Baik, Bising Tak Semestinya Jahat... Kita kenalah pandai2 buat kesimpulann yang tak menyakitkan atau menyinggung mana2 pihak...

Ini ingatan untuk semua termasuklah aku sendiri. Berpada2lah kalau nak cerita semua benda yang tak semestinya boleh dikongsi dengan semua jenis manusia. Dan ingat jugak, Jangan
Suka Mengadu Domba dengan orang, tak baik ok! Bunyi macam best Adu Domba tu tapi maksud di sebaliknya adalah sangat hmmmm... Fikirlah sendiri! Harap2 peringatan aku ni bergunalah untuk yang sudi singgah n baca coretan2 aku kat sini... Semudah yang boleh aku nak sampaikan pada semua... Yang penting Niat kita... Kalau Niat tu sendiri tak baik, jangan
mengharap yang baik pulak...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...