Skip to main content

Senyum Minang Manis...

Salam...

Ni lagu kegemaran aku setiap hari. Suka ada makna tu! Macam ada kena mengena pulak lagu ni sekarang... Patutnya status aku sekarang adalah normal tapi sejak minggu lepas, aku terjebak kembali ke status debaran...

Sejak kali pertama aku kembali merasakan debaran tu, aku jadi tak keruan pulak. Keje pun kejap OK, kejap KO... Susahnya bila aku dalam status debaran ni. Dan disebabkan status itu jugaklah, aku banyak menulis di sebalik kata laluan... Aku lebih selesa begitu kalau ianya agak private. Eleh, itu pun nak beritahu orang kan?

Tapi biasanya ada 2 je benda yang melibatkan status debaran ni. Sama ada aku bakal terima berita buruk atau berita gembira, itu sahaja... Dan aku harapkan aku dapat berita2 yang gembira! Kata seorang teman, harap2 semuanya berita gembira...harap2 masinlah mulut kamu tu.


Tapi hari2, aku mesti rasa nak senyum je sepanjang hari. Tak pasal2 ada pulak orang cop aku gila!? Takmo2...aku masih waras, normal dan berstatus debaran. Dan status ini jugak menyebabkan aku tak lalu nak makan 2-3 hari ni. Lapar tu memang lapar tapi baru je suap sikit makanan lepas tu langsung tolak tepi. Harap2 dapat bantu aku untuk turunkan berat. Cuma petang semalam je baru ada rasa nak makan sampai habis.

Macam apa je aku sekarang ni. Tido pun lena tak lena tapi mandi masih terasa basahnya air tau... Ni balik mesti nak tido jugak tapi kejap je lena dan lepas tu dah tak boleh lelap lagi. Dan bila kat sekolah pulak, mood aku berubah2... Bila dah lepas waktu balik, aku terasa malas yang amat, rasa nak balik cepat je. Tatau apa yang aku kejarkan?!

Harap2 aku teruslah dengan rasa tak makan sangat...tapi sihat. Kalau boleh nak jugak tau apakah yang bakal berlaku nanti selepas status debaran berakhir. Entah bila akhirnya, aku tak tau pulak. Doakan2 aku semoga terima berita2 gembira ye teman2? Oh ye, Selasa depan aku tak masuk keje, ada hal untuk diuruskan seharian...

futnot: salah ke aku punya rasa 'in love'?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Comments

Putri Ramlan said…
tak salah utk rasa in love lah dee :)
Putri Ramlan: tapi kadang2 kita yang rasa orang pandang entah apa2 je...

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!