Skip to main content

Kecemasan!

Salam...

Pagi tu aku sempat call abah sebab ada hal nak settle... Alih2 sebelum pukul 2pm, mak call aku dari rumah. Pelik gak apahal tapi tak sempat pk apa2 pulak... Mak gtau abah kat wad kecemasan. Perasaan aku jadi cam tak kena sikitla...

Aku keluar tepat2 jam 2pm tapi dekat2 pukul 3pm baru mak, abang n Ud datang amek sebab mak kene settle surat untuk abah pulak... Sampai2 kat Trauma & Kecemasan UM dah pukul 4 lebih. Lambat sebab ada orang tu konon2 bijak bagi direction paling dekat nak amek Fizi kat Taylors... Tak habis2 kene gelak ngan aku n abang...

Sampai2, aku dengan Ud yang ke kecemasan dulu nak tengok keadaan abah macam mana. Ud masuk dulu sebab peraturan kat situ hanya dibenarkan 1 orang je masuk 1 masa. Lama jugak duduk dalam kecemasan dan aku bertakan pada abang ngan mak yang pergi amek Fizi kat Subang. Lepas tanya Ud apa halnya, aku ganti tempat pulak dengan Ud. Tengok2 abah tengah bersandar kat katil...

Memang panas tangan abah, kepala abah. Hati aku tak bape nak sedap sejak mula dapat tau abah masuk kecemasan. Lama jugak aku kat dalam wad kecemasan temankan abah. Abah mintak urutkan tangan dia sakit2, kepala sakit2... Nampak yang dada abah berombak sebab susah nak nafas. Aku takut bila tengok abah tiapkali batuk, memang nampak sangat susah nak bernafas.
Rasa nak nangis je aku masa temankan abah tu. Walaupun aku selalu je bertekak dengan abah, lawan cakap abah...tapi, tu kan abah aku dah tentu aku sayang dia jugak... Nasib baik jugak adik2 aku ada kecuali Ajip yang jauh tu. Semua pun macam tak berkira time suruh buat itu ini. Itu yang aku lega sangat2 sebab diorang ada dan diorang boleh disuruh. Biasa2 tu payah sangat kalau aku yang suruh diorang buat apa2... Dah bergaduh mulut pun belum tentu diorang nak buat dan aku terpaksa mengalah jugak...

Abah kata lepas doktor gtau pasal x-ray, ada kuman kat paru2 abah rupanya... AKu agak dah kalau mak masuk je siap kene syarahlah nanti. Dan paling tak boleh lupa bila mak 'marah' abah pasal rokok, jawapan abah lain daripada biasa - tak2, tak hisap lagi... Mak cakap macam budak2 je masa menjawab tu. Tulah kan padahnya... bila dah kene, dah rasa baru tau sakitnya macam mana. Penat cakap tau suruh benti merokok. Bukan abah sorang je, ada lagi 3 orang kat rumah ni sentiasa dengan rokok... Nasib sorang tu tak mengikut...

Abah masuk kecemasan pukul 1 lebih, kitorang sampai PPUM pukul 4 lebih dan abah masuk wad biasa pukul 10.15pm... Lama gila dok kat kecemasan. Aku takdelah rasa nak marah ke apa sebab malam sebelum tu masa aku kat in house clinic - kilang... doktor yang locum masa tu cite pasal suasana kat wad kecemasan macam mana. Sebenarnya kalo tak silap aku dulukan yang mana datang dulu + condition yang sangat teruk. So kalau kita setakat sakit2 yang dalam kecemasan tu masih boleh diatasi tak perlulah nak marah2 sebab doktor lambat periksa...
Sebelum doktor yang memainkan peranan diorang, ada Sister n MA yang akan buat keje diorang. So, bila sampai dekat doktor tinggal sambung je keje2 yang dimulakan. Bila aku tengok kat kecemasan tu ada ramai yang lebih parah dan sentiasa ada je kecemasan yang jadi. Ada je ambulans yang datang hantar patient termasuklah patient2 kecemasan yang dibawa oleh keluarga sendiri...

Abah masuk kecemasan sendirian berhad... Menyerah diri sendiri lepas doktor suruh masuk bila dia rasa sesak nafas. Mak cite masa kitorang kat luar, abah kata malam tu dia memang susah tido. Rasanya tak tido langsung pastu paginya batuk2 keluar darah. Lepas tu ke klinik kat PPUM jugak. Lepas pada tu la yang abah kene masuk kecemasan... Dan sekarang abah dah ok, ada kat wad PPUM... Demam pun kurang dah kata mak masa telefon abah pagi2 tadi... Harap2 abah cepat sembuh...


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Comments

Putri Ramlan said…
hargailah setiap detik yang ada bersama abah awak tu :)
Imah Ims said…
harap2 ayah akak sembuh cepat :)
send my regards to him.

take care:)
Putri Ramlan: iAllah selalu nak hargai sekarang ni...takut2 nanti menyesal pulak...

Ims Imahtul: iAllah akak sampaikan...dia ok dah sekarang ni...amin!

Popular posts from this blog

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...