Skip to main content

Jelajah Kampung...

Salam...

Sabtu lepas balik kampung, tujuan utama nak pegi kenduri 2 pupu tapi sebelum sampai kat kenduri, jelajah Muar dulu... Oh ye, aku keje petang tu n aku terpaksa masuk agak lewat sikit... Memang betul2 padatlah aktiviti Sabtu tu memandangkan masa tak banyak pun. Gerak dari rumah dengan mak pukul 11 ++ am. Sampai lepas 1 jam 1/2 ... Aku tertidur sebab masih mengantuk sangat2... Sedar2 dah tiba tol Tangkak...

Sampai2 kat Muar terus tuju kampung... Yang aku nak kongsikan di sini ialah bila melawat orang2 yang sakit. Serius buat aku sedih sangat... :( ... Terasa insaf bila tengok penderitaan yang ditanggung. Aku terfikir macam mana agaknya bila usia aku seperti mereka nanti? Itu kalau masih sempat menjengah ke usia tua tapi kalau tak? Sangat menguji perasaan aku! Lepas tu kitorang teruskan perjalanan singgah mana2 yang sempat sampailah ke Hospital Muar (Hospital Pakar Sulatanah Fatimah) ...

Masa kat hospital, biasalah ramai tak ramai jugak orang yang ada... Mungkin masih tengah hari lagi jadi taklah sesak mana. Mata aku tak lepas tengok semua yang ada kat hospital tu... Aku rasa macam best pulak bila masuk kawasan hospital walau adakalanya aku takut. Yelah bila mendengar macam2 pengalaman orang lain bila masuk hospital. Masa ni melawat sedara mak yang diberitahu kononnya telinga pakcik (dia masih muda tapi pangkat dia pakcik pada aku) ada kuman a.k.a. nanah gitulah...

Tapi bila dengar sumber2 yang memang boleh dipercayai, dia terkena buatan orang! Aku tak faham kenapa di zaman ini yang dikatakan maju masih ada yang memerlukan khidmat2 setan untuk melepaskan nafsu amarah dan tak puas hati pada orang lain. Dari satu segi kata orang yang menyampaikan maklumat, pakcik ini masih muda (dalam lingkungan 40++) tapi diberi jawatan yang agak berpangkat jugak... Lepas tu kata orang lagi, mungkin ada sesuatu yang pernah dilakukan orang terdahulu jadi masa pakcik ni mula bertugas, adalah yang suruh buat macam apa yang pernah orang dulu buat tapi pakcik ni takmo... Kira keje tu keje tak halal la kan?


Bayangkan keje yang dikategorikan sebagai HARAM bila dapat duit juga HARAM, bila dimakan akan jadi darah daging kan? Pakcik tu ada anak2, isteri dah tentulah dia takmo benda2 yang HARAM diberi keluarga dia makan kan? Yang aku memang tak faham orang2 yang sihirkan orang ni, tak boleh fikir yang positif ke? Mungkin ada yang lebih baik lagi kalau dia tak dapat jawatan tu lagi... Takkan dah tua2 dan bertongkat masih nak bermegah2 dengan jawatan tu? Masa melawat tu, aku tengok pun aku sedih je... Tertido je pakcik tu, kejut2 pun bangun hanya untuk bukak mata je.

Sebelum ni kata orang, 22 hari dia kat ICU sebab pengsan... Dr. siap suh kumpul adik-beradik sebab dr. kata takde harapan lagi. Dia bernafas tapi bila dikejut, tak bangun2... Mesti orang pun risau kan... Harap2 pakcik tu sihat walafiat macam biasa dan orang yang dengki tu terima pembalasan yang setimpal dengan apa yang dibuat... Ini bukan tuduhan sembarangan sebab yang periksa pakcik ni ialah orang2 Hassan Din... Anak2 murid Hasaan Din kot?

futnot: g kenduri 2 pupu, meriah dengan warna2 biru+pink ;) ... pagi tadi aku sampai kat sekolah, tiba2 je pasang lagu 31 Ogos 1957 ... apa hal pulaklah diorang ni? bukan tak boleh tapi bila dengar terasa pelik pulak...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Comments

susudalambotol said…
sebab tu bila bercakap dgn orang kena berpada2 awak. sebab kita tak tau niat dan hati orang lain. bahaya kan?
susudalambotol: tu la apsalnya...kata orang, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2... kalo mulut lancang sangat pun bahaya...diam sangat pun susah... memang bahaya...
Putri Ramlan said…
dee. apa pun yang telah, sedang dan bakal berlaku. pokok pangkalnya, kita perlu cari ikhtiar utk elak benda ni jadi lebih teruk. so, sy doakan semoga pakcik awak sembuh dr segalanya. amin.
Putri Ramlan: amin atas doa...ya, ikhtiar supaaya kita dapat elak kan? tq2x!

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!