Skip to main content

TimeSquare... Here We Are!

Salam...

Penat tapi puas... Puas hati sebab jumpa jugak semua budak2 kelas menjahit dulu. Puas sebab segala2nya berjalan lancar *tersasar2 sikit tu biasa rasanya biasa... Dalam 20 orang jumlah sebenar cuma yang dapat luangkan masa - 12 orang. 8 people is missing! Whoahhh!!! Kalau dikira sekali dengan 4 orang cikgu, sepatutnya ada 24 orang.

Tapi tak semua punya kekangan masa seperti kami yang lain. Dan kebanyakkannya tak dapat datang sebab miscommunication... Sebab selalu rasa 'ingatkan dah beritahu', 'mati2 ingat diorang dah beritahu'... Itu sindrom2 yang akan membawa kepada kesalahfahaman antara kami. Bukan kami je, orang lain pun macam tu jugak.

Kaki penat, mata mengantuk...nak MC boleh? Serius memang lelah rasanya. Tapi yang lagi bestnya, malam tadi tidur aku tak terbangun kala dinihari. Rasa seruk banget! Tidur aku tak terganggu. Biasanya aku akan terbangun kala jam menunjukkan ke 3.15 pagi - 4.30 pagi... Lepas dinasihatkan oleh teman lama - Ain untuk gunakan wangian Lavender sebelum tidur, aku cuba dan berjaya untuk hari yang pertama. Cuma tak dapat nak tidur lebih lama, hari ini aku keje.

Kalau tak nak bakar lilin untuk aromaterapi, sembur je pewangi Lavender. Baunya wangi tapi macam bau sabun ada, bau bedak pun ye. Aku pilih yag pertama, aromaterapi. Wangikan bilik dulu, dalam 1/2 jam, masuk tidur. Sangat best, ditemani dengan wangi2an. Mak kata, kalau nak tidur senang, bilik tu dikemasin dulu... Tapi aku masih jugak tidur tak nyenyak...

Thanks Ain bangi petua tu. Lama dah nak try tapi tak tau nak try wangian mana satu dan bagaimana caranya. Masa kat Jusco Equine Park aku beli alatan aromaterapi tu. Itupun berhenti kat Hinode Shop untuk beli hadiah (aktiviti tukar2 hadiah)... Tak kisah apapun harga barang2 yang kita beli asalkan bila kita bertukar2 hadiah tu, kita ingat siapa yang beri... Semoga acara ini kekal sampai bila, ukhwah yang terbina tak henti macam tu je.

Perbincangan selesai semalam walau agak kecoh tempat makan tu dibuatnya. Bincang santai2 je, takmo terlalu formal. Dan pengurusan tahun depan bertukar tangan iaitu cik Midah... Hehehehe... Sibuk sangat dengan Rompin dia tu. IAllah tahun depan bakal diadakan di tempat yang telah diputuskan semalam.

Dan pertemuan semula ini tak berhenti di Time Square saja... iAllah akan diadakan acara makan2 di satu lokasi yang masih belum dirancang tapi bakal dibincangkan nanti. Mungkin Potluck *teringat Potluck kak Red (redmummy.com), mungkin buka puasa kat mana2 restoran ke? Apapun diharap segalanya berjalan lancar dan berjaya dengan izin Allah...

Dalam pukul 5 petang, aku, Kin ngan teman tapi mesra dia balik dulu. Memang sangat tak larat dibuatnya bila hari makin petang. Terima kasih semua yang sudi libatkan diri sama2 turun untuk berjumpa. Harap2 kita jumpa lagi ye tahun2 akan datang... Tunggu baby pulak nanti... Tahniah Nurul Hudah n suami...

p/s: boleh ke Nurul Hudah bagi ucapa atas kertas - "cepat2 kawen, kawen ni best..."... adoi, dik oiiii, belum sampai waktu kot.

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!