Skip to main content

Aku Pening!

Salam...

Ini kisah semalam. Rabu memang hari yang sibuk sikit untuk aku sebab ada 2 kelas... Cikgu yang sama, kelas lain2... Dan bising memang sama je dedua kelas... Cuma kelas awal pagi cam agak behave dan dengar kata selalunya la...

Aku selalu rasa nak marah dan rasa bengang bila budak2 ni selalu main2 kerusi yang diorang duduk tu. Mentang2 boleh naik atas, turun bawah *kerusi boleh laras tu la... Main pusing2 kerusilah, main macam2 lagi. Bila aku geram aku diam je tapi buat2 lalu sebelah diorang, belakang diorang dengan harapan diorang faham yang aku tak suka diorang main2 kerusi tu semua.

Bila aku bergerak dari tempat aku duduk, diorang diam je macam statue tu dan bila aku dok belah kiri yang kanan pulak bising dengan bunyi2 kerusi... Bila aku buat2 pindah tempat kat belah kanan, kiri pulak mainkan peranan diorang. Kalau aku ni HULK lama dah tukar HIJAU badan aku ni agaknya dan tambah2 besar... Tak...tak, aku masih manusia yang waras... Jangan bimbang ye?

Pernah sekali kelas kedua cam buat hal sikit. Bukan semua tapi yang dok dekat2 dengan akulah masa tu... Memang mencabar kesabaran betul masa tu. Lagi aku pandang lagi dia buat muka toye... Lepas aku pandang tempat lain sekilas je, dia main tekan2 keyboard depan dia tu. Macam sengaja nak bagi aku lagi marahlah tu konon2nya... Aku memang pandang je budak tu dan sampai saat ni aku masih ingat budak tu dengan scene2 tu sekali aku memang ingatlah... Act, diorang ni terlalu excited bila dapat masuk ICT lab ni. Padahal tengah belajar kelas English...

Itu 2 hal. Hal lain pulak, bila masuk lab yang sentiasa sejuk dingin dengan pendingin hawa ni, stokin yang sentiasa terperam dalam kasut membaluti kaki2 diorang yang comel2 tu... Baunya jangan cakaplah, naik pening kepala aku dibuatnya. Tolonglah adik2ku sekalian... Dulu2 aku jarang ingatkan diorang dan bila one of the teacher dah suh aku ingatkan budak2 ni supaya bukak kasut DAN stokin sebelum masuk, aku gtau cikgu tiap2 kelas yang akan gunakan lab ni...

Tapi ada jugak yang bingai *degil... Takmo dengar arahan... Selamba je masuk ngan stokin2 yang berbau tu. Memang tak kotor tapi bau dia... Walawei... Aku mau pengsan tau nggak? Dan satu halnya lagi, bila badan2 diorang turut menyumbang kepada 'haruman' ni... Kelas kedua masuk selepas rehat. Memang baunya memang kalahkan bau deodoran yang aku pakai awal2 pagi... Sebab masa rehat kan berlari2 bagai, menjerit sana sini macam kene kejar padahal semua perempuan je...

Masuk2 je lab semalam siap kepakkan pulak tangan tu *mendepa sambil tangan kanan dan kiri terbuka luas... Konon2nya sedaplah tu masuk bilik yang sejuk... Hadoi, nasi aku tak jatuh terjelepok kerana bau tu. Kalau adik2 aku atau adik sepupu aku tu mau aku panggil pastu sound dia punyalah... Sosak napeh den jap ha...

Aku ni galak betul bercerita kan? Sedangkan dulu2 masa aku kecik2 pernah je alami benda2 ni semua tapi benar yang aku tak pernah punya kaki yang berbau... Kalau bau badan tu adalah dan bila aku tingkatan 4 baru lah aku perasan bila Abah tegur... *terukan aku alahai... Sebelum2 tu memang tatau dan tak sedar langsung. Nasiblah Abah yang tegur, kalau tak...sampai bila2 aku tatau semua tu. Orang lain yang memandang kita itulah cermin diri kita...

Dan bila aku masuk kolej ada je kawan2 terdekat yang punya masalah yang sama dengan aku tapi aku tatau cara yang sebenarnya untuk tegur diorang sebab kalau salah cara aku pasti akan membawa kepada salah faham punya! Tapi kalau ada yang memang tegur aku memang aku akan terima dan cuba atasi masalah tersebut.

Dan sekarang kalau takde deodoran memang aku tak selesa... Cuma sebelum guna deodoran spray ni memang aku alah sikit dengan semua jenis deodoran sebab bila guna je mesti akan gatal2 punya... Dengan spray ni pun adakala alah jugak tapi lama2 ok dah... Dan kalau pergi mana2 mesti nak pakai deodoran+pewangi lain yang boleh sembur kat pergelangan tangan+leher... Kalau beli yang ratus2 tu memang tahan laam baunya tapi aku punya takdelah semahal tu... Kalau dah cecah rm30 tu aku rasa dah mahal sangat ngan aku...huhuhu!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

AziS said…
hahahaha...tu baru budak kecik. budak besar lain lak peel yer...tapi tu semua wat kita teringat zaman2 kita sek dulu gak :D

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...