Skip to main content

Entri Tak Bertajuk...

Salam...

Tak bertajuk pun jadi bertajuk jugak... Sampai tatau nak tulis tajuk apa lagi... Hah! Macam biasa hari2 dengan perasaan freenya aku on9. Aku ni macam orang takde keje langsung. Hari2 free 0n9. Sampai ada yang tegur, tak keje ke? Hahahah, sejak keje kat lab ICT ni aku buat macam CC aku sendiri je... Cite2 je besar nak bukak CC, hampeh...

Mula2 masuk keje tetakut gak nak guna PC n internet sebab teringat tempat keje lama. Pantang cuit sikit je IE atau Mozilla... Dari dalam bilik yang cermin besar tu pun bos2 boleh nampak. Dah le bos aku tu 3 orang. Main game pun tak boleh wa cakap lu... Kata orang pandai buat pandai2 la simpan... Diorang nampak je n macam tunggu2 je nak sergah aku sebab main game atau melayari internet *ayat skema lol...

Tapi bila yang bertugas untuk dedua lab ni kata kalo boring guna je komputer ngan internet aku jadi seperti "Orang mengantuk disorongkan bantal"... Tak sedar diri tu sampai tatau nak bukak laman apa lagi dah sekarang ni. Yang bestnya sebab kalo nak buat blog ke, diari on9 ke, setakat ni lum kene block lagi la. Kalo block pun selalunya website lagu2, youtube dan seangkatan dengannya.

Awal2 aku guna nak tengok blog2 yang biasa aku tengok asek kene tekan button apa tah banyak2 kali. Lelama biasa sudah aku dengan keadaan camtu. Yang tak bestnya sebab koputer ni lembabnya sama macam masa aku belajar kat kolej dulu. Ya Tuhanku... Cepat sikit masa nak loading gambar je. Kat kolej dulu memang makan hati berulam jantung aku dibuatnya... Masa tu takde rasa nak beli laptop ke, pendrive mahal2 ke...

Rasa macam dah cukup apa je yang aku boleh dapat masa tu. Sebab bila dengar sorang kakak feveret ramai orang ni dapat hadiah laptop dari mak dia *kakak ni memang pandai sangat2... Harga yang dia gtau kitorang rm5,000 ++ tak silap aku la... ke 2x ganda macam tu la. Kalo dibandingkan dengan harga sekarang berlipat kali ganda tu... Tapi memang sesangat bertuah... Kete pun mak dia bagi jugak... Indahnya ye?

Kawan seorang lagi dapat hadiah pendrive a.k.a. thumdrive pakwe dia kasi la masa tu 1gb n harganya rm 200 ++ ... Punyalah nak terbeliak mata mendengar. Masa tu beli CD je cukup dah. Sekarang ni 1gb bape sangat harga kan? Siap boleh dapat hadiah pulak kalo beli laptop ke... Perbandingan yang memang jauh ketara. Masa tu sekitar tahun 2003 - 2004 macam tu... Sekarang 8gb pun tak mahal mana. Tapi orang semakin suka dengan external hard disk. Sebab lagi besar memori... Aku suka tapi belum terfikir nak beli.

Masa *berapa banyak MASA daaaa...? kat tempat keje lama tu jugak, bos ada EHD sendiri tak ingat berapa ruang memori tapi besar lebih dari sekarang n berat pulak tu. Aku suka sebab banyak gila boleh simpan dalam tu. Movie2 ke, cite2 ke, apa2 jelah... Cumanya takut cepat rosak kalo tak berhati2 sebab fragile... Harga bukannya murah *sesuai dengan barangnya dan berbaloi... Kalo banyak keje yang rasa2 takut hilang dalam PC2, baik beli la... Aku ingat pun macam nak beli tapi kene tunggu bila2 duit tak rasa nak beli benda2 lain...Kang mula2 je berkobar2 nak beli alih2 melencong kot lain duitnya tu...

Erm, sebenarnya nak cite pasal budak2 yang masuk sini tadi. Diorang ada kelas n aku sempat amek gambo diorang tanpa diorang sedar + video pendek. Kesian kat ustazahnya sebab kene menjerit n aku rasa suara ustazah diorang ni nyaring sebab asyik menjerit je kot? Kelakar tengok gelagat budak2 ni. Comel2 pulak tu. Nak angkat tinggi2 hp takut dorg perasan je... Mana tau bila perasan kang tiba2 berposing pulak... Diorang darjah 1 n for the 2nd time budak2 darjah 1 masuk sini. Semalam ada 1 kelas tapi cuma melawat je.

Ni yang aku pelik ni sebab nama2 kelas ngan cikgu2 nya yang sepatutnya guna lab2 ni takde pulak masuk... Orang lain pulak yang nak masuk sini... At least ada jugak yang masuk daripada tak guna lab2 ni langsung...

p.s.: lambek eh nak pukul duo ni... alahai... video aku post kemudian...takde cable!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

JASA said…
tak aci..post la vedio tu cpat
en_me said…
lima hibu serba satu tewww.. hi akak hidayah ittewww.. salammms dr me dikejauhannnns
en_me: apa yang 5 ribu serba 1 tu? hi dik...tq singgah...
limaumaniss said…
bestnye keje kat cc....
limaumaniss: tak, bukan keje kat cc...keje kat lab ICT sekolah...

Popular posts from this blog

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...

Iftaar... Best2!

Salam... Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle... Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali ...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) da