Skip to main content

Laskar Pelangi...

Salam...

Lama dah nak tulis pasal hal yang satu ni. Huhuhu... Cumanya seperti biasa, aku ni kan selalu je terlupa. Lepas tu malas la, apa la... Ni dah teringat tu yang aku buat entri khas untuk ni... Selalu tu dengar je lagu ni dan buat pertama kalinya aku terus jatuh cinta pada lagu ni...


Terima kasih yang tak terhingga pada Ummu Solehah - anak mantan pengetua dulu... Memang tak kenal personally tapi pernah tau pasal Solehah dari adik dia yang sekolah sama dengan aku masa tu la... Tahun 1999... 10 tahun sudah... Adiknya nama Ummu Sakinah. Rapat tak rapat jugak sebab masa tu Sakinah 11 atau 12 tahun macam tu la. Kat sekolah tu pelajar bermula dari umur 7 tahun sampailah tingkatan 4... Unik kan? Jarang kot sekolah yang ada murid yang muda sesangat masuk asrama? Ke aku yang tak tau?


Yang penting urusan membeli telah selamat disempurnakan awal2 bulan Feb 2009. Terima kasih lagi Solehah...! Akak memang banyak susahkan Solehah je... Kejap2 nak lekat ayat2 tu kat bukulah kejap takmo. Disebabkan lambat bertanyakan alamat seseorang tu, akak halakan buku tu kepada seorang yang lain... Tapi at least termakbul jugak hajat ni nak balas hadiah kepada seorang tu - Huda... Tq to Huda jugak sebab sudi terima... Huhuhu... Jauh tu hadiahnya, import dari seberang...

Akak minta maaf sekali lagi pada Solehah sebab susahkan Solehah dari mula akak minta Solehah belikan buku, carikan cd sampailah poskan pada akak... Tersangat terhutang budi ni... Lain kali jangan serik berurusan ye? Wah, macam akak pulak yang jual kat Solehah... Jaga diri bebaik...

futnot: kenapa mesti futnot kat blog sendiri? suka hatilah, nama pun blog sendiri kan? :P
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

susudalambotol said…
awak dah ada buku laskar pelangi?
susudalambotol: aah, tapi ada lagi 3 buah kesinambungan Laskar Pelangi (lain2 tajuk...) sekarang tengah tunggu CD pulak...sini takde jual buku ni...dah cari tapi takde...

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...