Skip to main content

Rasa Antara Kita

Salam...


Selalu dengar tak orang omongkan begini?
"Aku bukan minat dia sangat pun TAPI bila dia pakai macam tu, cantik pulak aku tengok" ,
"Bukan bagus sangat pun dia tu NASIB je tu" ,
"Dia tu bukan pandai sangat berlakon pun, SEBAB dia cantik je orang amek dia berlakon" ,
"Suara dia bukan sedap mana pun TAPI..."
.....bla...bla...bla...


Tapi dalam sibuk2 cakap begitu, sedar tak sedar diri masih mengambil tahu walau sedikit saja perkembangan sesiapa yang dikata tu. Ramai yang kita boleh contohkan dan kenapa orang kata macam tu pasal sesiapa tu. Tak suka tapi amek gak tau...huh!

Nak puaskan hati semua orang mana boleh? Kita pun sama jugak kalau dalam hal yang sama cuma kita tak rasa je apa yang sesiapa tu rasa... Dan kebanyakkan dari kita suka sangat tengok orang lain jatuh tersungkur... Menolongnya tak mahu cakap lebih je tahu... Tapi manusia biasa tetap manusia biasa...

Kalau bab nak sokong kebolehan atau kejayaan orang lain macam liat je nak buat...kenapa yek? Yelah, manusia kan tak suka tengok orang lain lebih bagus dari dia, lebih baik dari dia, lebih kaya dari dia, lebih segala2nyalah dari dia... Tolong ingat ye yang takde sorang pun manusia yang sempurna kat dunia ni... *nabi & rasul tu cite lain...


Aku bercakap atas dasar kesedaran diri... Aku pun sama je macam orang2 yang aku tulis kat sini... Macam Siti Hajar cakap pasal budak2 AF season ni, kita ni lebih suka mengadili apa yang kita nampak bukan nak kenal dulu... Kalo muka cantik perangai tak semenggah buat apa? Macam tu jugak sebaliknya... Jangan sampai sudahnya kita menyesal pulak sebab salah tafsir...!


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...