Skip to main content

Thank You, Arigatou, Merci, Danke, Gracias, Syukran...

Salam...

Ucapan pada tajuk tu untuk semua blogger yang sudi tolong tunjuk ajar pasal iklan Nuffnang yang satu ni... Selagi tak nampak dengan mata sendiri iklan2 tu kat blog ni, sampai sudahlah aku kebuntuan... Aku sangat sengal.

Apa2pun terima kasih sangat2 sudi tolong... *yang sudi komen kat entry semalam...

AF7...
Nak komen pasal Tirai AF7 yang 1st n 2nd... Ini pendapat aku sendirilah. Bila tengok diorang ni nangis2 terharu sebab dapat masuk AF ni aku pulak yang rasa macam2. Kalau dulu2 masa musim awal2 rasa cam excited jugak tengok bila ada yang berjaya memboloskan diri ke dalam rancangan tu. Dan bila setiap tahun acara ni seperti wajib je diadakan, aku dah tak rasa sangat keterujaan tu. Dah terlalu banyak rancangan yang sama dan serupa AF7 ni.

Dan bila malam tadi tengok penyingkiran oleh cikgu2 diorang...ada yang tak dapat masuk, menangis sungguh2. Padahal bukan calang2 jugak diorang tu. Ada yang tengah study Ijazah Pendidikan, keje ngan suami sendiri dll. Aku rasa baik diorang tersingkir semalam supaya takde rasa malu bila tersingkir depan orang ramai dan bila nyanyi tak sebaik yang diajar...

Ini hanya komen peribadi aku ye? Bukan nak kondem orang atau berlagak pandai. Setiap orang punya fikiran dan pendapat masing2. Tak salah kan kita nak komen? Asal jangan melampaui batas...

Maulid Nabi...
Salam Maulidur Rasul semua... Cuti semalam tak kemana2 pun. Setakat bangun lewat tu memang perkara biasa+tengok tv lagi best. Melingkar macam ular dok ngadap tv. Huahuahua...

Selepas Cuti...
Bangun pagi walau mengantuk sebab kene keje+ada orang dari Putrajaya nak datang *Yonna...pegawai2 dari tempat awak nak datang melawat sekolah ni...huhuhu. Minggu lepas adalah kursus untuk HEM sekolah2. Aku selalu tau orang panggil Penolong Hal Ehwal Murid... Tapi HEM saja tatau ketua ke apa... Pastu adalah sorang ni yang kursus HEM jugak *dia sorang je lelaki masa tu yang aku nampak la, melawat lab ICT ni. Pastu cam apa je dia kata "Yelah Sekolah Kluster tapi komputer banyak yang rosak2...". Apadaaa, aku pun terasa termalu disitu ye. Nak tau apa nama sekolah, aku takmo dedahkan takut nanti kalau salah tafsir kang naya aku...

Dulu2 mana tau apa maksud Kluster tu, aku tanya mak. Mak kata sekolah pandai...gitulah. Aku ingat cam sekolah asrama ke tapi hapekejadahnya nak asrama2 pulak sedangkan diorang ni sekolah rendah lagi+makbapak masing2 kaye raye... Sama je macam sekolah2 lain cuma istimewa sebab Kluster tu la... Macam bunyi Kasta pun ada jugak tu...

Dan masa tiba je kat sekolah n budak2 semua dah on the way masuk kelas, aku nampak ada sorang budak lambai2 tangan kat aku. Yes, akhirnya dia tau aku ada kat sini. Dia sangat comel, chinese look pulak. Anak doktor pulak tu... What a small world! Wah, sudah mula madah helah aku. Bila dengar suara dia macam kartun pulak, sangat kecik+halus je. Dia ada kakak sekolah sama kat sini. Tua setahun je dari dia. Kira dia darjah 4+kakak dia darjah 5. Dedua rupa Cina tau... Dedua pakai cermin mata... Tapi yang bezanya dia adik+bongsu+peramah. Kakak dia cam agak jaga standard lebih la...

Pepandai je komen pasal anak orang. N she called me 'kakak', not 'makcik', 'acik', 'aunty' and so on. Aku sangat terasa tau. Ada gak yang panggil aku 'sister' tapi bunyinya macam kat sepital Indon dengan kat tempat Kristian sembahyang pulak... Huhuhu. Aku kenal ini budak dari masa mak dia selalu locum kat klinik tempat aku keje dulu2 tu. Mak dia selalu bawak dia n memang tak pernah tinggal dia punya. Kakak dia ngan ayah diorang. Tu je aku tau n kata doktor lain mak diorang ni ada keturunan Cina+kawen ngan ayah diorang yang memang Cina...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya





Comments

susudalambotol said…
tak sabar nak tgk transformasi AF7.
susudalambotol: harap2 tak menghampakan...:P

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...