Skip to main content

Banyak Benda Nak Cite...

Salam...

Mentang2 dah lama tak tulis apa2 ni, ada je benda nak kongsi. By the way saja nak menjeleskan semua orang yang aku diberi cuti sampai Khamis ni... Tapi Jumaat ni kena keje la pulak...huhu... Sila bersyukur wahai Hidayah... :P

AF lagi...
Biasalah aku kan suka komen... 1st impression yang aku rasa - tak excited. Tatau kenapa ye? Macam ada something yang tak dapat nak tarik perhatian aku sebagai antara penonton setia. Mungkin awal2 lagi ke? Entah tapi tengok jelah minggu depan ye? Harap2 tak macam RL3 yang lepas bilamana aku teruja nak tengok pun bila dah masuk minggu2 akhir diorang buat persembahan...

Cerekarama - Ku Mohon
Best jugak dan macam mana ekspresi pertama mak ayah mertua Julia Qadija Abdullah a.k.a. Elaine Daily tu, macam tu jugak yang pernah aku rasa. Aku ada kawan - ex junior masa belajar dulu2. Aku pernah je terasa dan terfikir yang dia ni betul2 tahu ke pasal Islam sepenuhnya? Dia tak berlagak atau apa tapi aku je nak rasa yang tak elok.

Percaya atau tak, ada benarnya kata2 Fahrin *aku lupa nama watak dia, yang mungkin teruja nak berkongsi tentang apa yang dia baru belajar *isteri dia dan mualaf2 lain so dia mungkin tak tahu macam mana nak tegur atau bertanya dengan betul bagi mengelakkan orang terasa. Dan sepatutnya kita sebagai insan yang memang Islam sejak azali patutnya berkongsi dan bersama2 rasa keterujaan tersebut...

Dan janganlah rasa terkejut bila diorang lebih tahu dari kita yang Islam ni. Tapi satu je halnya bila diorang2 ni nak tau lebih mendalam tentang Islam tapi takde siapa yang benar2 mahu menunjuk ajar. Lepas tu dah tak kukuh rasa percaya pada agama yang diorang pilih ni. Aku suka je nak ajar tapi aku juga masih banyak yang kurangnya... Kalau tak tahu tanya saja pada yang lebih arif sebab salah punca, lain jadinya...

Al-Mahdi...
Rasanya aku tengok malam tadi ke malam semalan tah... Cite pasal ajaran sesat. Aku tak pasti sama ada ni ke cite yang aku tunggu2 sejak dulu tu... Yang mana bila kat sekolah semua orang cakap pasal cite tu... Macam cite ni aku tengok bila dorang jumpa sama2 dorang, dorang akan cakap "Barakat... Selamat"...

Pelakon utamanya? M. Rajoli la kan? Dulu2 selalu sangat bawak watak2 yang macam ni... Ajaran sesatlah, buat jahat pada anak tiri sendiri la n macam2 lagi... Yang tak tahannya masa dalam cite ni dia bagi ceramah pasal Ulama'... Tau apa definisi yang dia bagi? Ulama' tu maksudnya Ular Dalam Semak... Boleh gitu? Ada pulak terfikir nak bagi maksud macam tu...? Sama2 doakan kesihatan M. Rajoli ye?

Cuti...
Semalam aku ke sekolah untuk pastikan sama ada aku ni cuti atau pun tak... Aku jumpa CC dan tanya, jawabnya? "Tak tahu, siapa bayar gaji awak?"...intonasi dia biasa je n takde tanda2 nak marah ye... "Bayar gaji? Sekolah la kot? PIBG?"... aku jawab dah macam dalam pertandingan menjawab soalan kuiz la pulak... "Pergi tanya Guru Besar"... Beri salam dulu ye kawan2 dan adik2 sekalian... "Cikgu, saya nak tanya, saya ni keje ke cuti ye?" ... "Awak datang Jumaat ni je sebab nak tengok2 komputer2 tu" ... Itulah jawapan yang aku tunggu2 pun selama ni...

So sejak semalam aku mula cuti sampailah Khamis ni ye... Dan semalam juga pagi ni aku tak on9 sebab ada keje nak diselesaikan, biasalah bila kat rumah selain tido rumah perlu dikemasin juga ya?

Ponti Anak Remaja
Cite yang best! Lisa Surihani & Liyana Jasmay adalah 2 insan yang comel. Kombinasi yang baik bila berlakon cite2 yang macam ni. Kalo jadi kawan baik ok, jadi adik beradik ok... Aku ye2 je ingat nama Ponti Anak Remaja tu cam nama anak2 orang Asli ke rupa2nya memang dia pontianak. Huhu... Tapi memang bet layan cite tu nak2 aku sorang je yang gelak sakan bila tengok. Orang2 lain semua sibuk ngan hal memasing...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

susudalambotol said…
kita suka AF7 ni. mungkin sebab Tiara kot. dan juga ada beberapa pelajar yang jadi pilihan kita :)

takpe, awak tgk this week punye oke?
:)
susudalambotol: suka eh? tapi kita je yang tak rasa pape lagi kot? yelah baru minggu pertama...kit pun ada pelajar pilihan jugak...ha3x...

orait hidd...kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya...:P
YanDarwisy said…
Hi..salam singgah! Akak ni nampak jer sombong, tapi sgt suka berkawan tau. POYO :)
Boleh jer nak designkan...sejuk plak tgk blog kamu ni. Hidayah...sgt manis nama tu. Amacam...? terangkat x dgn pujian akak! :P
YanDarwisy: tq singgah kak! alah kak, muka je tapi hati baik kan? huhuhu...muka akak macam muka ex cikgu sy...memang susah senyum tapi dia baik...

boleh design ek? oklah kalo gitu...iAllah takkan tercari2 lagi lepas ni... manis ke? tq2 kak... wah, sjuk ye tgk blog sy? sy suka hijau...!

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!