Skip to main content

Careless...

Salam...

Pukul 7.46 am aku dah hampir sampai kat sekolah baru perasan yang kunci pagar takde dalam kete? Adoi, awatnya cek ni? Apa saja yang aku lamunkan pepagi ni? Mula2 dalam kete aku cuma ingat yang aku lupa bawak bekal yang dah siap2 atas meja ruang tamu. Lepas tu boleh ke kunci pulak tinggal? Dah lama aku tak careless berturut2 macam ni dalam sehari...

Pelik jugak, kenapa ek? Allah nak supaya aku tak lupa diri ke? Hikmahnya? Entah bila dapat aku tahu... Tapi memang sejarah jugaklah jadinya sebab boleh terlupa semua2 tu, yang penting pagar... Aku sempat call mak gtau pasal hal yang satu ni... Lepas tu cam tak bape nak sedap hati lak, aku tunggu kat luar (kat kantin) sebab nak jumpa Guru Besar untuk permisi... Nasib baik bagi aku keluar kejap...tak banyak soal.

Resah. Gelisah. Sepanjang perjalanan balik rumah, doa banyak2 supaya kuci ngan mangga tak hilang... Sesampai je (dalam 20 minit perjalanan), aku tengok kunci elok je tergantung (mangga solex) selagi tak kunci elok2 memang tergantung macam tu jek. Itu nasib baik teringat dan terfikir. Kalau tak, sampai sudah dan balik rumah kunci pun takde kot?

Harap2 lepas ni bertambah2 ingatan aku...apa nak jadi ni? Abah kalau tahu, masak aku dibuatnya... Masa nak keluar kejap tadi, risau gak sebab ikut jadual ada kelas mula paling awal pukul 9.15 am. Tapi sampai ke saat ini, takde satu kelas pun yang datang kat lab ni... Aku risau tengok jadual, dua2 lab ada kelas 1 waktu yang sama. Dan sepatutnya akan ada 6 kelas hari ni...tapi dah lepas 4 kelas kalau ikut waktu kat jadual ni la.

Paling last pukul 12.15 pm nanti... Aku pelik lagi ni sebab bila takde orang jaga lab ada alasan untuk tak masuk lab ikut jadual... Bila dah ada orang yang jaga ni, malas pulak nak masuk ikut jadual. Aku ni dah jadi macam orang yang keje bahagian2 keselamatan pulak. Kena bersedia tiap masa. Masa mula2 keje dulu, ada gak Guru Besar tanya masa waktu nak balik, "Ada cikgu masuk hari ni cik Hidayah?"... Jawapan aku? Geleng kepala je. Guru Besar macam kecewa jek.

Ada sesuatu mahu aku citekan kat sini... Tapi entri baru sebab nanti entri ni jadi makin panjang n meleret2 pulak...

Comments

Imah Ims said…
kak Dayah!
oh new blog eh,yg wordpress tu guna lagi tak?

dah lama eh tak dgr cerita.
akak sihat?
Ims Imahtul: aah blog baru tapi WP still guna...kalo blog yang ni apdet maksudnya dari sekolah n WP dari rumah...

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!