Skip to main content

Syukur Ya Allah...!

Salam...

Di kesempatan ini ingin aku panjatkan syukur kepada Allah di atas kurniaan pertambahan umur pada tahun ini. Kata orang, semakin bertambah umur kita...semakin dekatlah kita dengan kematian. Yang aku harap hanya Allah sentiasa melindungi aku dan seluruh ahli keluarga aku, ampunkan segala dosa2 aku dan semua... Aku mohon Allah perkenankan dan makbulkan segala doa2ku... Amin!

Setiap tahun, umur aku bakal bertambah (iAllah andai diizinkan Tuhan!). Sepatutnya aku semakin matang seiring dengan usia tapi kadang2 aku terasa aku masih macam anak2 kecil yang meminta2 diperhatikan. Aku sangat bersyukur di atas segala nkmat yang telah Allah berikan pada aku sejak mula2 aku dilahirkan, sejak aku tahu apa itu Syukur dan sejak aku belajar mengenai Syukur.



Diharap aku terus ingat untuk bersyukur walaupun didatangi ujian yang bertimpa2 dari DIA. Hanya DIA yang lebih tahu segala isi hati aku sebab DIA yang telah menjadikan kita semua sesempurnanya sebagai seorang manusia. Harapan aku setiap tahun rasanya sama je. Nak hidup aman, bahagia dan gembira dengan apapun yang aku lakukan untuk hidup aku.

Pertambahan permintaan dan impian aku tahun ini ialah settle down my life... Ayat agak berterabur sikit, sorry ye? Settle down tu maksudnya ada macam2. Antaranya nak...hmmm... Apa ye? Nak berjaya dalam hidup, senang kata la. Kawen? Nanti kot... Kalau dah sampai jodoh macam yang mak kata, terima sajalah...

Ok, sejak 2 menjak ni aku asek cite pasal kawen kan? Siapalah yang tak nak kawen? Walaupun seseorang wanita itu kita lihat hidupnya sudah ada segala2 yang mungkin tak semua ada dan boleh capai pasti ada sesekali atau satu2 masa dia terasa sunyi dan kosong sebab tiada orang yang sentiasa ada di sisi dan jadi teman untuk dia kongsi segala2nya. Ye betul, ada je teman2 yang selalu dengan dia tapi ini adalah seseorang yang bukan dari kalangan kawan2 (kalau lelaki mungkin), tapi seseorang yang berlainan jantina daripada dia sendiri.


Gotcha!!!
Ada yang bertanya apa yang aku rasa bila umur aku menginjak ke 26 tahun ni? Entah le ye? Tak berperasaan kot ketika ini... Tak tahulah kalau2 aku tak pandai nak menikmati hadiah yang Allah berikan ni. Tapi sungguh2 aku bersyukur sebab DIA masih mahu aku hidup di duniaNya yang fana ini. Mungkin aku tak macam orang lain yang sering berhadapan dengan bermacam2 masalah... Bukanlah aku nak kata hidup aku tak ada masalah langsung tapi cara kita menghadapi dan cabaran yang kita lalui tak sama... Jadi, ada yang kita nampak terang2an masalah yang dia tempuhi, ada tu kita nampak ceria je... Jadi jangan kata dia tidak punya masalah. Takde masalah, tak best tau.
Ada orang kata nak settle down kena faham dulu diri masing2 antara satu sama lain, perlukan persediaan rapi untuk menempuh hidup baru sebagai pasangan hidup yang sah, perlu itu dan ini. Bagi aku, kalau dah ditakdirkan itu dan begini untuk kita, semuanya pasti (iAllah) berjalan dengan lancar... Ada la ujiannya tapi itu apa yang telah Allah tuliskan dalam takdir. Tapi tak bermaksud kita perlu menyerah tanpa berusaha, kan?

Ok, aku harap doa2 aku selama ini dimakbulkan Allah. Paling penting aku nak bahagiakan diri sendiri dan semua orang di sekeliling aku... Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Kamu2 juga doakan aku tau?
"NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya,AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,dan HATI mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.. Renungkanlah"
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Putri Ramlan said…
happy birthday!! :)
redly said…
hapy birthdy.....mga pnjg umr,mrah rzeki n dirahmati sntiasa....tiada hadiah brharga dpt dihulurkan cuma doa ikhlas seoga awk sejahtera selalu....AMIN.
redly: thanks a lot kak... doa tu pun dah cukup sangat2 kak...at least akak ingat kan? doakan temu jodoh ye kak?

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...