Skip to main content

Perginya Seorang Ustaz Asri...


Salam...

Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)... Aku bukak fesbuk untuk kali ke2 pagi tadi. Masa tu baru lepas bangun dari tido (kat lab, suka hati je nak tido kalau dah terlalu mengantuk la...). Aku buka2, scroll sikit2 sampai kat status fesbuk Heliza Helmi (ye...yang jadi cikgu Syuhadah dalam Syurga Cinta tu)... Aku tak percaya walau dalam hati dah dapat agak siapakah 'Ustaz Asri' yang dia nyatakan tu. Tapi sebolehnya tak nak percaya...

Tapi lepas aku bukak page Heliza, ternyata telahan aku benar belaka. Walau hati tak mahu jugak percaya dengan kenyataan, yang pergi tetap pergi dan kembali disisiNya seperti yang telah DIA takdirkan sejak dari Luh Mahfuz lagi... Terngiang2 lagu 'Pergi Tak Kembali' nyanyian arwah dan seluruh ahli kumpulan arwah. Lagu tu dulu pernah mencetuskan kontroversi oleh orang2 yang tak boleh terima pembaharuan pada lagu2 nasyid. Bagus apa idea2 kumpulan2 nasyid untuk menarik perhatian para remaja untuk lebih dekat dengan irama ini...

Nak2 pulak itu adalah pertama kali bekerjasama dengan KRU (betulkan aku kalau aku silap). semua yang pernah arwah lakukan sejak dengan Nada Murni dulu sampailah dengan Rabbani sekarang, buatkan aku rasa sayu dan terkejut dengan pemergian arwah yang tiba2 itu... Yelah, selama ni kita tak pernah dengar arwah tu sakit apa2... Tapi memang arwah ada penyakit jugak sebenarnya...

Baru dalam 3 minggu lepas Yasmin pergi meninggalkan kita, sekarang ni arwah pula... Apapun aku dan semua masih mengharap roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan2 yang beriman... Amin!!! Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak... Abang sepupu aku yang aktif dengan nasyid masa study dulu pernah kata arwah memang dipanggil ustaz sebab arwah mengajar budak2 mengaji kat Klang dulu...

Dulu masa mak abah 2-3 hari lagi nak ke Mekah (Haji), berita mengenai Soleh Hijjaz meninggal dunia sangat2 mengejutkan aku sebenarnya. Muda lagi arwah masa tu (dalam akhir 20-an mungkin) dan dikhabarkan yang arwah meninggal kerana demam dan batuk2 di hospital. Dan dalam tahun 2003 kot arwah Zarie Raihan pula pergi meninggalkan kita untuk selama2nya selepas jatuh dan pengsan lepas tamatnya Anugerah Bintang Popular. Katanya arwah diserang sakit jantung...dan waktu arwah 33 tahun. Dan kini arwah Ustaz Asri meninggal dunia pada usia 40 tahun (3 Ogos hari lahir arwah-baru aku tahu)... Malam tadi sempat tengok Buletin Utama dan nampak yang lepas arwah rebah masa nak buat persembahan kat Angkasapuri, kawan2 bantu arwah dan aku nampak arwah masih sedar lagi... Nampak yang kawan2 arwah sapu2 air kat muka arwah...

Comments

susudalambotol said…
saya sungguh terkejut dapat berita ni. saya sangat suka dgr suara ustaz asri dan penyanyi hijjaz. apa-apa pun, yang pergi tetap pergi.

anyway awak, happy belated bday!
:)
susudalambotol: ye, semua orang terkejut dengan berita mendadak ini... suara diorang sedap2 kan?

tq a lot awak!!! heheheh...

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...