Skip to main content

Berkat doa & Restu...

Salam...

Ikut dan patuh kata2 orang tua kita terutama sekali kepada emak adalah wajib! Tapi berapa ramai antara kita yang benar2 patuh? Tak lawan cakap mak? Ada je yang bila cakap tak tinggi suara, apa mak marahkan...diam je. Ada tu siap maki hamun mak dia sebab mak dia nak pujuk dia kat mahkamah...ini cite semalam rasanya aku baca kat Harian Metro. Moga diampunkan dosa2 kita pada mak2 dan ayah2 kita. Kita pun akan jadi mak dan ayah jugak kan, iAllah!

Tadi sempat tengok rancangan khas sempena pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah kat Majalah 3. Sedih dan terharu tapi aku tahu sedih lagi keluarganya. Jarang dengar mak ayah yang puji anaknya macam mak ayah arwah puji arwah. Betapa arwah itu memang seorang anak yang sangat patuh dan kalau cakap tertinggi sikit je suara tu, terus dia dapatkan maknya dan minta ampun.

Mak ayah yang tak pernah terasa hati dengan arwah... Mulianya arwah dari pandangan mak ayah yang selalu mendapat tempat teratas di hati arwah. Aku tak kenal arwah tu secara peribadi tapi aku sangat2 kagum dengan arwah. Apa2 hal pun arwah akan dulukan mak ayah. Pernah aku terbaca satu artikel (kalau tak silap) pasal salah satu filem arwah tercalon di luar negara tapi dia menarik diri dengan alasan, "Mak Ayah saya tak izinkan...".

Susah nak jumpa insan yang begitu, seperti kata mak Inom - Yasmin itu 1 Dalam Sejuta. Lepas ni dah takde iklan2 yang best buah tangan dari arwah. Filem2 best hasil karya arwah (terakhir pun Muallaf)... Rindu sungguh aku dengan iklan2 yang best tu semua. Tapi redhakan saja pemergian arwah ke sisi Allah. Allah lebih sayangkan insan ini. Kalau kita kata kita sedih, keluarga arwah pasti lebih sedih, kan? Sedekah al-Fatihah itu lebih molek daripada meratapi dari terus menangis.

Agak lewat aku menulis tentang perginya Yasmin Ahmad. Idea belum mari lagi dan selepas tamat Majalah 3 tadi terus teringat nak menulis sikit pasal arwah. Teringat bila tiapkali arwah nak keluarkan filem2 arwah pasti akan mengundang kontroversi pada orang ramai terutama sekali pada orang yang tak faham apa yang cuba arwah sampaikan. Aku ni bukanlah pandai sangat pasal seni2 filem ni semua tapi apa yang cuba arwah nyatakan adalah perkara2 biasa yang biasa berlaku di keliling kita sebenarnya kan.

Macam kata Fatimah Abu Bakar tadi, filem2 arwah itu macam cermin. Kita melihat diri kita di dalam filem2 arwah. Betul kan? Ceritanya mudah dan senang faham. Yang memang tak faham itulah sampai bila2 pun takkan faham melainkan dia betul2 cuba nak faham. Aku tak pasti sama ada aku tengok filem2 arwah di panggung atau tak. Tapi yang pasti Mukhsin memang aku tengoklah kat wayang. Sebab cite tu best sangat (walaupun tengok iklan je sebelum tu). Cuma TalenTime je belum sempat tengok lagi...

Semoga roh Allahyarham Yasmin Ahmad dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman... Amin! Selalu2 sedekahkan Fatihah dan Yassin pada roh arwah... Amin!!!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...