Skip to main content

Berita Gembira...

Salam...

Dah selamat puasa 3 hari ye... Alhamdulillah! Oh ye, iklan Hai-O tu dah takde pulak sekarang ni, kenapa ye? Harap semua sihat2 belaka dan harap jugak di bulan yang penuh barakah ni, H1N1 pun bakal melabuhkan tirai untuk semua selepas apa yang telah berlaku. Kita hanya mohon yang terbaik untuk semua tapi tetap yang berhal menentukan ialah DIA jua...

Berita gembira yang nak aku khabarkan di sini (ececeh...macam ramai pulak yang nak baca ni...), kontrak aku bawah PIBG sekolah tempat aku keje hampir 1 tahun ni disambung 1 tahun lagi, alhamdulillah! Syukur sangat2 walaupun masa mula2 keje (hari pertama puasa - 2 September 2008) aku rasa nak menangis sebab dah 4 bulan tak keje... Walaupun masa tengah2 tahun aku keje aku rasa aku dah takmo keje situ lagi sebab bosan yang teramat2 sangat tapi semua tu hilang macam tu je sebab tiba2 aku rasa sayang nak lepaskan jawatan ni.

Ye, aku dah belajar untuk redha andaikata kontrak aku tak disambung sama sekali sebab aku sudah ada perancangan sendiri tapi sekarang aku sedang cuba untuk melaksanakan perancangan tersebut. Maklumlah, aku ni memang tak pandai nak buat banyak2 keje 1 masa...tak menang otak untuk berfikir dibuatnya. Keje part time tu pun bukanlah hari2 jadi bila diminta tolong aku cuba untuk laksanakan sebaiknya.

Dan serasa aku bulan puasa ni sampai bila2 mungkin aku tak masuk lagi kot atau bila betul2 perlu barulah diorang panggil sebab staf dah cukup dan sekarang aku masih dan sedang belajar menerima ketentuan dengan hati yang redha. Kedengaran macam orang frust kan? IAllah tidak selagi aku berpijak di atas bumi Allah yang nyata ini. Lagipun jodoh itu dimana2...iAllah. Tidak hari ini, iAllah esok lusa DIA temukan aku dengan jodoh aku...ececeh... Jodoh di sini membawa banyak pengertian tau...

Ok, ini catatan aku untuk kali ini sebab dah lama sangat terbiar tanpa apa2 pesanan... Pada yang sudi membaca, terima kasih tak terhingga yang aku ucapkan... Bila menulis cite yang aku lalui sehari2 teringat2 kat blog2 lama dulu. Kenangan Terindah sebab dari situ aku jumpa ramai kawan2 baru... Terima Kasih Tuhan!
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...