Skip to main content

Selamat 27 Tahun!

Salam...

Boleh ke alarm tak bunyi semalam? Nasib baik sempat tulis entri walaupun terlambat... Baik punya cover nak salahkan alarm pulak ye? Entri ini khas untuk Abah & Mak sebab dah sampai 27 Tahun Ulangtahun Perkahwinan... Tak ingat bila tapi pernah aku tanyakan bilakah tarikh Abah & Mak disatukan... Aku tanya Abah dulu, katanya berapa haribulan entah. Aku tanya Mak, katanya 25 haribulan Ogos 1982...

Dan Abah pernah tunjuk pada aku kad kahwin yang dia simpan lagi (tatau ada lagi ke tidak sekarang ni...)... Siap tunjuk senarai nama2 yang bagi duit ramai2 (kawan2 Abah)...dan kawan2 Abah tu semua masih aku jumpa sampai ke hari ini.

Tahniah untuk Abah & Mak di atas Perkahwinan yang telah dilaksanakan sejak 27 tahun dulu. Aku tahu sikit2 sejarah perkenalan dari Tok Mak... Kalau duduk2 dengan Tok Mak, habis semua cite aku suruh Tok Mak cite. Bukan sejarah Abah & Mak je, semua adik-beradik Abah pun aku tanyakan jugak... Pada semua sepupu2 tersayang, kalau nak tahu silalah berjumpa kita ye?

Kenal pun sebab arwah Tok Ayah suruh Abah ambil Mak kat hentian Bas/Teksi kat Muo (Muar)... sepanjang perjalanan pulang (Mak balik dari Pahang - mengajar kat sana), masa tulah kata Tok Mak, Abah tengok2 dulu (ampunkan anak mu andai salah...huhu!). Selebihnya adalah rahsia akulah... Takkan nak cite semua sekaligus kan? Kot2 terbukak pintu hati nak jadikan buku, aku citelah lagi ye?

Apa2pun aku harap kalau ditakdirkan aku punya peluang untuk miliki keluarga sendiri, harap2nya biarlah bertahan sampai bila2. Macam Abah & Mak...memang aku harap sampai mati pun diorang tetap bersama2... Bak kata orang tua2, "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri", kan?

Dulu2 aku selalu pk dan ada jugak persoalan dari orang lain tentang Jodoh Ditentukan Oleh Orangtua... Aku setuju ke? Ikut pada keadaan jugak sebenarnya. Alhamdulillah, Abah atau Mak tak pernah cuba untuk satukan anak2 diorang dengan pilihan diorang... Mungkin ada sebab2 tertentu di situ yang tak diketahui... Setakat ini cuma soalan2 Mak yang pernah aku dengar, "dah ada orang nak ke?", "kau takde kawan2 ke?"... Itu je la...

Yang nak kawen kan kita? Yang nak hidup lama2 dengan pasangan jugak kita kan? Jadi kalau dah memang ditentukan sejak lahiriah Jodoh Ditentukan Orangtua, apa yang kita boleh buat kalau dah elak sampai merajuk2? Doa je supaya pasangan itu adalah pilihan terbaik, beriman dan sesuai untuk kita...
Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


futnot: perhatian UNTUK KAMU yang tak suka jodoh KAMU ditentukan orangtua itu... inilah ketentuan Allah...heheh!*macamlah dia baca pun blog aku ni kan...*

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...