Skip to main content

Kata-Kata Hari Ini: Bukan Memahami, Tolerate...

Salam...

Kata2 itu aku ambil waktu rancangan Sehati Sejiwa yang dihoskan oleh Misha Omar (dulunya Scha dan dia sangat best walaupun aku tak kenan dia jadi hos...) disiarkan bersama2 dengan artis jemputan - Sham Kamikaze dan isteri. Baru aku tahu yang diorang dah setahun nikah tapi baru je diwar-warkan.

Apa yang best sangat dengan kata2 dia tu? Dia kata dia seorang manusia yang pelik iaitu bila bangun tido dia tidak lapar malah tahan dengan minum air kopi sepanjang hari. Bila lapar barulah dia makan itupun dah jam 6 petang. Kata Misha, itu yang isteri dia kena faham ye? Sham jawab, bukan memahami...tolerate. Maksudnya kita tak perlu faham cara dia tapi tolak ansur dengan cara dia sebab aku rasalah kalau nak faham mungkin susah. Kalau faham pun bila dah biasa dengan cara dia, iAllah boleh faham...

Sekarang aku faham sikit2 yang tak semua lelaki mahukan seseorang wanita itu faham diri dia tapi lebih kepada berTolak-Ansur... Manusia ni selalunya lebih suka pertahankan ego masing2. Sebab kalau tak pertahankan nanti akan rasa malu dan rendah diri tak bertempat. Rasa macam semua orang akan salahkan dia sedangkan orang tak peduli pun kau nak buat apa...suka hati kau la... Umpamanya la kan...

Ada junior yang bertanya, sejauh manakah aku percaya dengan Cinta Jarak Jauh... Semuanya berbalik kepada kePercayaan dan Tolak Ansur (lagi...). Bukan beri rasa percaya tu 100% sampai takde rasa ragu2 tu tapi percaya yang logik. Sebab setiap manusia dikurniakan Allah rasa yang kita boleh tahu sama ada kita ni ditipu ke, kena main hidup2 ke... Susah nak terangkan sebab bagi aku, kamu dan kita semua ada rasa yang itu.

Tapi ada je orang cakap Cinta Itu Buta dan dah tentu2 apapun salah pasangan yang dah terang2 menipu tu semuanya betul belaka dan sedia dimaafkan sebab Cintakan dia... Ada jugak yang nasibnya baik sebab dia tak mudah nak percaya tu semua...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...