Skip to main content

Perginya Seorang Ustaz Asri...


Salam...

Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)... Aku bukak fesbuk untuk kali ke2 pagi tadi. Masa tu baru lepas bangun dari tido (kat lab, suka hati je nak tido kalau dah terlalu mengantuk la...). Aku buka2, scroll sikit2 sampai kat status fesbuk Heliza Helmi (ye...yang jadi cikgu Syuhadah dalam Syurga Cinta tu)... Aku tak percaya walau dalam hati dah dapat agak siapakah 'Ustaz Asri' yang dia nyatakan tu. Tapi sebolehnya tak nak percaya...

Tapi lepas aku bukak page Heliza, ternyata telahan aku benar belaka. Walau hati tak mahu jugak percaya dengan kenyataan, yang pergi tetap pergi dan kembali disisiNya seperti yang telah DIA takdirkan sejak dari Luh Mahfuz lagi... Terngiang2 lagu 'Pergi Tak Kembali' nyanyian arwah dan seluruh ahli kumpulan arwah. Lagu tu dulu pernah mencetuskan kontroversi oleh orang2 yang tak boleh terima pembaharuan pada lagu2 nasyid. Bagus apa idea2 kumpulan2 nasyid untuk menarik perhatian para remaja untuk lebih dekat dengan irama ini...

Nak2 pulak itu adalah pertama kali bekerjasama dengan KRU (betulkan aku kalau aku silap). semua yang pernah arwah lakukan sejak dengan Nada Murni dulu sampailah dengan Rabbani sekarang, buatkan aku rasa sayu dan terkejut dengan pemergian arwah yang tiba2 itu... Yelah, selama ni kita tak pernah dengar arwah tu sakit apa2... Tapi memang arwah ada penyakit jugak sebenarnya...

Baru dalam 3 minggu lepas Yasmin pergi meninggalkan kita, sekarang ni arwah pula... Apapun aku dan semua masih mengharap roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan2 yang beriman... Amin!!! Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak... Abang sepupu aku yang aktif dengan nasyid masa study dulu pernah kata arwah memang dipanggil ustaz sebab arwah mengajar budak2 mengaji kat Klang dulu...

Dulu masa mak abah 2-3 hari lagi nak ke Mekah (Haji), berita mengenai Soleh Hijjaz meninggal dunia sangat2 mengejutkan aku sebenarnya. Muda lagi arwah masa tu (dalam akhir 20-an mungkin) dan dikhabarkan yang arwah meninggal kerana demam dan batuk2 di hospital. Dan dalam tahun 2003 kot arwah Zarie Raihan pula pergi meninggalkan kita untuk selama2nya selepas jatuh dan pengsan lepas tamatnya Anugerah Bintang Popular. Katanya arwah diserang sakit jantung...dan waktu arwah 33 tahun. Dan kini arwah Ustaz Asri meninggal dunia pada usia 40 tahun (3 Ogos hari lahir arwah-baru aku tahu)... Malam tadi sempat tengok Buletin Utama dan nampak yang lepas arwah rebah masa nak buat persembahan kat Angkasapuri, kawan2 bantu arwah dan aku nampak arwah masih sedar lagi... Nampak yang kawan2 arwah sapu2 air kat muka arwah...

Comments

susudalambotol said…
saya sungguh terkejut dapat berita ni. saya sangat suka dgr suara ustaz asri dan penyanyi hijjaz. apa-apa pun, yang pergi tetap pergi.

anyway awak, happy belated bday!
:)
susudalambotol: ye, semua orang terkejut dengan berita mendadak ini... suara diorang sedap2 kan?

tq a lot awak!!! heheheh...

Popular posts from this blog

Ajip!

You're 22nd!

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu...

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...