Skip to main content

Berkongsi Je...

Salam...

Kalau dulu aku tak pandai nak cite itu ini pada orang lebih2 lagi soal hati. Tapi lepas sedar diri yang kita sepatutnya cari kawan yang betul2 selalu ada dengan kita untuk kongsi rasa supaya tak terpendam macam tu je, aku sahut 'cabaran' itu. Tapi itulah kan, bukan dengan semua orang kita boleh kongsi cite pun walaupun dengan kawan yang kita anggap baik. Baik kat sini maksudnya (sepatutnya) boleh kongsi cite, dia dengar kita respon dan sebaliknya... Bukanlah aku nak kata aku tak punya kawan baik tapi sekarang semua tu dah takda...

Aku selalu fikir, aku ada buat salah ke? Aku tak hargai diorang ke? Aku tak faham diorang ke? Aku pentingkan diri sangat ke? Mungkin dulu aku dan kawan2 budak2 jadi persoalan2 tu tak timbul langsung. Cuma bila masing2 dah dewasa, dah berkahwin, dah beranak... Semua pun hilang sampai ada yang kata kat aku kalau aku lalui fasa yang sama aku pun akan berubah jugak. Itulah yang paling aku nak elakkan sebenarnya. Ye, bukan semua hilang macam tu je tapi pada aku kebanyakkannya memang hilang terus.

Aku rindu waktu sekolah dulu, rindu waktu huhahuha dengan kawan2 dulu. Aku rindu nak kongsi cite dengan kawan2. Mungkin sebab aku ni tak pernah puas dengan apa yang telah dikurniakan untuk aku tu pasallah aku selalu rasa kawan2 aku banyak dah hilang agaknya? Harap2 aku tak hilangkan diri lepas aku lalui fasa yang sama macam diorang.

Sejak 2 menjak ni aku selalu kongsi cite dengan kawan2 yang faham aku... Diorang tak sebaya pun, pangkat adik2 je ngan aku tapi sungguh2 aku sudah semakin selesa kongsi rasa dengan diorang ber2...Apa yang aku cite diorang dengar dan bagi respon, sama jugak bila diorang cite kat aku apa2 pun... Seronok walau beza umo... Hehehe, macam2 benda yang aku tak sangka pun akan keluar dari mulut diorang. Malah kadang2 lebih matang dari aku. Bila aku perlukan diorang, sentiasa diorang ada sama seperti yang pernah aku minta pada Tuhan... Syukur Ya Allah!

Aku sebolehnya nak hargai semua kawan2 yang pernah kenal aku walau sekejap je... Tak mahu menyesal tak sudah pulak kemudian harinya... Kata orang biar orang buat kita jangan kita buat orang...kan? Jangan pedulikan bila orang mengata atau cuba nak porak peranda persahabatan yang kita bina. Hanya kita je tahu apa yang jadi dalam sesuatu perhubungan tu. Dengar je boleh tapi jangan terus ambil keputusan drastik. Apa yang tak molek mesti kita dapat rasa lainnya...

Percaya dengan kata hati, itulah yang baik rasanya bagi aku. Dulu aku tak percaya kata hati aku (atau) mungkin aku tak endah langsung hati aku... Kita sendiri boleh rasa dan tahu apa yang hati kita katakan pada kita. Kalau ikut rasa memang binasalah jawabnya... Aku tak pandai bermadah helah ni semua tapi apa yang aku cuba sampaikan harap2 sampai pada semua...

futnot: apahal agaknya ramai sangat tak faham kalau aku cakap? tak dengar apa aku cakap? aku cakap tak kuat ke? aku cakap macam !@#$%^&* ke? pelik betullah...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Comments

susudalambotol said…
kadang2 orang nak kita faham dia je. sangat selfish.
susudalambotol: tu la pasalnya, susah nak deal ngan orang yang macam tu...

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!