Skip to main content

1 Syawal 1430H

Salam...

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk terus merasa kenikmatan Ramadhan (walaupun mungkin tak digunakan sebaik mungkin) dan ianya bakal meninggalkan kita semua dalam 4 hari lagi. Setiap tahun bila nak mula puasa je mesti harap ianya akan berakhir dengan cepat tapi bila dah biasa dengan keadaan tersebut (puasa), kita rasa lega dan best je kan? Tapi bila dah nak masuk Syawal je, ada jugak rasa sedey2 tu...ye?

Syawal tahun ni agak2 sama je setiap tahun tapi tahun ni adik ke3 tak ada... Sebab H1N1 dan malas nak balik walaupun cuti 3 bulan. Aku harap dia balik terus lepas ni...lama2 kat tempat orang nanti macam dah tak nak balik Malaysia pulak... Dan tahun ini jugak, kami kembali kepada tidak ada apa2 tema warna pakaian untuk semua... Tak ada rasa nak bertema2 pulak... -____-...

Lepas dah dibincang2, iAlllah kami semua akan pulang ke kampung halaman tercinta itu di pagi raya. Nak jugak merasa Hari Raya Pertama di sini pula... Macam bestlah pulak eh? Cuba dulu rasa macam mana ,lepas tu akan aku ceritakan disini bagaimana rasanya nanti... Tak boleh tak balik kampung selagi masih ada saudara2 yang masih ada di kampung sebab kemeriahan itu lebih terasa bila dikelilingi sanak saudara kan?
Semoga kita semua diberi keberkatan di bulan Syawal yang bakal menjelma nanti,
Amin!!! Persiapan kami sekeluarga pun biasa2 je kot sebab semakin dewasa ni,
semakin kurang nak beria2 beraya... Bila tengok adik2 sepupu, anak2 buah
semuanya bila tiapkali raya macam tak meriah je... Kesian jugak tengok. Tak
macam yang kita smeua pernah lalui dulu kala. Mungkin jugaks ebab tak ramai yang
sebaya diorang so memang kita yang tengok pun agak suram je la...

Akhirnya nanti duduk depan tv, menghadap cite2 raya, tak pun ulang2 kat meja makan menghadap juadah raya... Nak beraya pun tak cukup geng... Huhuhu... Takpe2, mungkin akan datang lebih meriah kot? manalah tahu kan?

Oklah, mukaddimah punyalah panjang tapi tujuan sebenar nak buat ucapan je sebenarnya... Apalah maknanya menulis kat blog kalau tak berjela2 ye tak? Di kesempatan ini, aku dan seluruh ahli keluarga nak mengucapkan Salam Syawal buat semua pembaca (yang aku nampak atau tak..). Balik kampung tu hati2 memandu ye? Sebelum memulakan perjalanan pulang tu, baca doa dulu lepas tu ingat2 yang kita nak balik untuk meraikan Syawal dengan keluarga...tak perlulah nak laju2 ye?

Jemputlah datang beraya ke rumah ye? Semoga ikatan persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara kita terus mekar dan harum serta utuh hingga akhir hayat... Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

futnot: setiap tahun, Muar adalah tempat kami sekeluarga pulang... kalau ada yang dekat2 dengan Parit Jawa dan Parit Sungai Pulai, jemput juga datang ye?

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...